My Slide Pages

5 Dis 2018

vmsTRACK-PRO


Pada 22hb November yang lalu saya berkesempatan berborak dengan bekas pelajar Politeknik iaitu Aizat yang telah menamatkan latihan industri di Teraju Tri-Tech Sdn Bhd (TTSB). Beliau menceritakan pengalaman baru beliau dan membuat penerangan akan satu alat yang dipanggil VMS Track-Pro. Ianya merupakan produk buatan Jerman. Ianya juga merupakan alamat bantuan pengesanan jejak bagi semua jenis pengangkutan air yang amat berguna terutama sewaktu kecemasan. Rajah dibawah menunjukkan produk berkenaan yang compact dan pengunaan tenaga yang minimum. Menurut pelajar berkenaan, kos anggaran agak berpatutan yang didatangkan bersama aplikasi smartphone dan juga boleh diakses secara dalam talian. Antara fungsi web dan apps ialah memberi paparan lokasi pengguna-pengguna peralatan ini disamping boleh berinteraksi secara atas talian dengan pemantauan pusat kawalan. Menurut pelajar berkenaan alat ini semakin popular dan digunakan meluas oleh nelayan dan beberapa agensi perairan.

  


Rajah di atas menunjukkan cara komunikasi yang dijalankan oleh alat berkenaan yang mengunakan medium VHF base dan LEO satelit.


 Aplikasi andriod yang berkaitan dengan penggunaan alat vms TRACK-PRO.


Sumber :
https://www.easyais.com/en/products/object-tracking/vmstrack-pro-cs/
https://ttsb.my

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.