My Slide Pages

29 Jun 2011

Incoming parcel & certificate

Bungkusan yang ditunggu akhirnya tiba, maka projek beacon 10m akan melangkah satu lagi kehadapan. Setakat ini ada beberapa individu sahaja yang bersama dan menyokong projek ini. Sumbangan rakan-rakan yang ingin turut serta dalam projek ini amat dialu-alukan.

Turut sampai petang tadi ialah sijil penyertaan AADX dari Jarl bagi kategori 10m (Phone) di mana hanya satu sahaja penyertaan dari West Malaysia bagi kategori yang dipertandingkan. Dengan harapan tahun ini, ada beberapa penyertaan bagi kategori yang sama terutama dari 9w untuk sama-sama berjuang dan bersaing dengan entiti dxcc yang lain. Tahniah kepada Aqil/Ody atas penerimaan sijil yang sama dari Jarl. Salam muhibah dari hobi yang menarik ini. De 9M2ESM

24 Jun 2011

Recording of 10m propagation during the first quarter of 2011

Berikut adalah beberapa klip video yang berjaya sempat dirakan untuk tatapan rakan-rakan terutama kepada rakan-rakan 9w yang ingin ke band 10m. Jika band membuka, ada boleh berhubung dengan stesen jauh macam 2m simplex fm. Segala kekurangan dalam paparan video dibawah ini saya dahului dengan permohonan maaf. Ianya sekadar hobi saintifik yang hebat :)



Rakaman dibuat pada 4 Mac 2011, kedengaran stesen 5B8AIF sedang cuba menembusi North Amerika pada malam waktu Malaysia. Gambar rig diatas ialah TS 440.



Rakaman di ambil pada 4 Mac 2011 waktu malam, kedengaran ST2AR sedang cuba membuat panggilan dx. Pada akhir video anda dapat kedengaran ada stesen dx lain yang menegur stesen 9w kerana menggunakan frekuensi yang dipakai oleh ST2AR.



Rakaman dibuat pada 4 Mac 2011 juga pada waktu malam, dapat kedengaran cara stesen dx-pedition TJ3AY mengendalikan pile-up dengan menggunakan split 5-10 down. Cara split ini ada dijelaskan dalam blog cikgu arie 9w2vvh.



Rakaman dibuat pada 6 Mac 2011 tengah malam, dapat kedengaran dengan kuat stesen 5n7m membuat panggilan dx. Cukup jarang-jarang sekali boleh menembusi stesen dari Nigeria ini.



Rakaman dibuat pada 7 Mei 2011, beberapa hari selepas menggunakan callsign baru. Apa yang menarik ialah stesen IT9WTY amat fasih berbahasa melayu. Sebenarnya cukup banyak stesen eropah yang boleh berbahasa melayu.



Rakaman dibuat pada petang 10 Mac 2011, dapat kedengaran dengan jelas stesen z23ms walaupun tanpa pre-amp.



Rakaman dibuat pada 11 Mac 2011 pada awal pagi dalam jam 8-9 pagi. Dapat kedengaran stesen dx-pedition T30AQ dari kepulauan Kribati di lautan pasifik utara membuat panggilan dx.



Rakaman dibuat pada 12 Feb. 2011 pada waktu petang di mana stesen H44MS membuat pile-up untuk negara-negara eropah dari arah short path.



Rakaman dibuat pada 12 Mac 2011 pada waktu pagi, di mana sempat bertanyakan NH6I keadaan ombak kecil yang menimpa Hawaii selepas tsunami di Jepun.



Rakaman dibuat pada 15 Feb. 2011 pada awal jam 8 pagi dan tiada siapa yang mendengar panggilan dx yang dibuat oleh KH6QR walaupun mencecah hampir 20dB di Muar.



Rakaman dibuat pada 15 Feb. 2011 pada waktu petang dan dapat kedengaran signal kuat dari 8Q7AK berhubung bersama rakan 9w dari semenanjung.



Rakaman dibuat pada 15 Feb. 2011 pada waktu tengah malam, kedengaran audio dari BH7OZG dimana beliau merupakan stesen dari China yang aktif di 10m. Rotator diarahkan tepat jam 12.



Rakaman dibuat pada 19 Feb. 2011, dapat kedengaran stesen yang cukup popular di 10m iaitu VU2DSI membuat pile-up ke eropah.

22 Jun 2011

A lot of incoming stamps

Alhamdulillah. Seronok dengan hobi ni. Sambil dxing, dapat tambah kenalan luar, bertukar pandangan, kad qsl dan tidak kurangnya dapat palbagai setem dari negara luar. Petang tadi sampai kad qsl dari DJ5IH Mr Gunny bersama sumbangan setem dari beliau. Terima kasih bebanyak. Disamping tu, kad qsl dari H2E (callsign khas untuk radio contest dari Cyprus) telah dibalas, saiz kad yang kecil tidak menjadi masalah asalkan ianya cukup bermakna :)

Gambar diatas ini pula adalah sumbangan setem dari OM2VL, tq Mr Laci atas setem yang dihantar bersama kad qsl yang cantik. Keikhlasan dan kepercayaan anda akan dibalas dengan cenderahati khas dari saya. Hari yang gembira :) Sekadar berkongsi apa yang menarik dengan hobi ini. De 9M2ESM (Ex-9W2ESM)

21 Jun 2011

Kad Qsl dari Tahiti Island OC046 French Polynesia


Alhamdulillah. Hari ni sampai beberapa kad qsl ke rumah. Apa yang nak dikongsi disini ialah kad qsl paling dinanti iaitu kad dari pulau French Polynesia hasil berkerja bersama callsign lama di 10m band. Negara ini terletak di bahagian lautan pasifik selatan cukup jauh nun di sana. Terima kasih William FO5JV kerana sudi membalas kad qsl yang dihantar. Memang nasib dapat bekerja dengan beliau. Semasa kami dapat berhubung, beliau mengatakan propagasi membuka dengan baik sekali dan kali terakhir ianya membuka sedemikian pada tahun 1995. Kami berhubung pada jam 11 pagi waktu Malaysia iaitu 11 April di mana solar fluk dan sunspot cukup tinggi. Pada waktu berkenaan beliau dapat berkerja dengan ratusan stesen dari Australia dan Asia dari arah long path (aneh juga). Kalau teliti betul-betul dalam kad beliau diatas, antena beliau... waduhh .. dia punya boom je dah macam tower dan aku kira lebih dari 15 elemen antena yagi beliau, wow memang cukup dahsyat.

Ini ialah helaian belakang kad dari beliau. Pencapaian dapat berkerja dengan beliau adalah satu pencapaian hebat untuk peribadi saya seiring dengan pencapaian dapat menembusi negara kepulauan Caribbean dan Amerika Utara hanya di 10m band. Beliau ialah confirm DXCC yang ke 134 bagi callsign lama.

Gambar FO5JV dan shack. Sumber qrz.com. Setakat sepanjang tahun ini, bulan April merupakan bulan yang mencatatkan perubahan aktiviti solar yang mendadak. Semalam band membuka baik sekejap di 10m. Tahniah buat Cikgu Arie dapat pile-up semalam. Harap dapat berkerja dengan anda nanti mudah-mudahan. De 9M2ESM