My Slide Pages

15 Okt 2018

Attending Meeting AJK Jasra 2018

Tarikh : 27 Julai 2018
Lokasi : Johor Bahru

Pada bulan julai yang lalu, saya berkesempatan menghadiri mesyuarat AJK Jasra 2018 bagi mengemaskini perjalanan persatuan. Perbincangan berlangsung dengan baik dengan kehadiran kesemua AJK dan beberapa ahli dan biro-biro utama dalam Jasra. Diakhir meeting kami menghadiri kenduri doa selamat ke rumah pak rani JCG dan menziarahi Arwah Pak Feroz. Pertemuan saya dengan beliau adalah pertemuan terakhir sebelum beliau dijemput ilahi. Terlalu banyak kenangan dan pengalaman yang beliau ada. Beliau juga yang mencadang nama saya sebagai AJK Jasra. Semoga arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama ahli syurga. Amin.








14 Okt 2018

9M2ESM Activities @ July to October 2018

9M2ESM @ Aktiviti / Eyeball sekitar bulan Julai, Ogos, September dan Oktober 2018


25 & 26hb Oct 2018 - Di base 9W2FRP bagi sesi rakaman bersama VK6PZ dan akhirnya temubual berjaya dibuat pada 30 Oct 2018.

22 Oct 2018 - Eyeball bersama 9W2MIE, 9M2DA, 9W2MOA dan 9W2MOO di Bakri Corner. Bang Alif sekarang open kedai Char Koew Tiow di Bakri Corner, malam sahaja.

23 Oct 2018 Perbincangan bersama penaung MARS, lokasi di Bakri Corner. Turut hadir 9M2DA, 9W2HJL, 9W2DJW, 9W2MOO.

16 Oct 2018 Eyeball di Nadia Tomyam yang turut dihadiri oleh rakan ipoh (asal Kundang Ulu) iaitu 9W2FQK Abg Zul

11 Ogos 2018 Sesi eyeball MARTS bersama rakan ham dari Melaka.


14 Ogos 2018 - Bertemu dengan Pak Hock bagi membincangkan hal-hal repeater 9M4RMR, juga turut bersama Pak Pudin dan 9W2CPJ.


31 Ogos 2018 - Menghadiri program DXing 9M61MJ anjuran Kulai DX Team.


1 Sept 2018 - Menghadiri walimatulurus 9W2RDC untuk anak sulong beliau naim yang juga telah lulus RAE Sesi Dis 2017.


17 Ogos 2018 - Eyeball bersama Zaki dan pelajar beliau sebelum beliau ke Rumah Api BP. Turut bersama 9M2FX.
  
20 Sept 2018 - Eyeball membincangkan aktiviti radio sekitar Muar.


27 Sept 2018 - Eyeball bersama 9W2JQD dan sorang rakan beliau (lupa callsign). Turut bersama rakan ham muar iaitu 9W2HJL dan 9M2DA.


3 Sept 2018 - Eyeball bersama Pakmus. Perbincangan berkaitan Magnetic Loop. Tq Pakmus.


12 Sept 2018 - Eyeball bersama rakan-rakan MDXC dan Trent iaitu rakan ham dari VK land.


23 Sept 2018 - Eyeball bersama rakan ham Muar. Membincangkan aktiviti-aktiviti mendatang.

13 Sept 2018 - Eyeball bersama rakan-rakan Muar membincangkan masa depan 9M4RMR dan hasil pertemuan dengan MARTS.

23 Julai 2018 - Eyeball bersama rakan ham dari UTP dan En Zahrim ZRM sempena konvokesyen anak 9W2LCD bang Musa di PMM.


23 July 2018 - Perjumpaan bersama Pak Hock, Pak Den dan CPJ membincagkan hal repeater 9M4RMR.


23 July 2018 - Serahan lantikan sebagai Penasihat MARS.


21 Ogos 2018 - Membantu Tuan Presiden menggantung banner JASRA di rumah kelab.

22 Julai 2018 - Eyeball sarapan pagi bersama rakan-rakan Muar.


9 Ogos 2018 - Yang dinanti telah tiba, insyallah akan uruskan pada rakan Johor yang berminat.


6 Oktober 2018 - Bertemu 9M2WJ dan 9M2DA sempena walimatulurus anakanda kepada 9W2NUZ.


6 Okt 2018 - Suasana majlis walimatulurus anakanda kepada 9W2NUZ.

30 Jun 2018 - Menghadiri majlis walimatulurus anakanda kepada 9W2ACN.


Visit @ ATSB Sdn. Bhd



Tarikh : 4 Oktober 2018
Masa : 10.30 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : ATSB Sdn. Bhd.

Pada 4 Oktober tempoh hari, saya bersama 31 orang pelajar dari PMM berkesempatan diberikan peluang oleh ATSB Sdn Bhd di Shah Alam Selangor untuk mempelajari dan mendapatkan pendedahan industri berkaitan dengan teknologi satelit dan lain-lain yang berkaitan. Setibanya kami disana alhamdulillah kami disambut oleh En Affendi dan diberikan taklimat berkaitan dengan profil syarikat dan teknologi satelit.

Antara fakta yang menarik dapat kami pelajari ialah berkaitan dengan persediaan dan perjalanan kejuruteraan sebelum, semasa dan selepas pelancaran TiungSat dan RazakSat. Kedua-dua satelit ini merupakan remote sensing satelit yang mempunyai kamera optik yang boleh mendapatkan gambaran permukaan bumi. Ianya merupakan satelit jenis LEO dan berdasarkan penerangan contohnya RazakSat ianya bergerak selaju hampir 4km/s. Bayangkan! lajunya. RazakSat dibangunkan bagi menaiktaraf satelit TiungSat. Kedua-duanya dilancarkan di lokasi yang berlainan.

Video pelancaran RazakSat

Sebelum pelancaran RazakSat, terdapat 4 pelancaran yang dijalankan ditapak yang sama dan keempat-empat pelancaran itu gagal termasuklah pelancaran bagi menghantar abu mayat pelakon star trek. Lihat space burial. RazakSat merupakan satu titik bersejarah kemampuan kita "Malaysia" menghasilkan satelit sendiri dan pada pendapat saya kesinambungannya seolah tiada dan satu kerugian ilmu dan pembangunan modal insan selepas dasar itu seolah bertukar ke bioteknologi selepas zaman Tun M dahulu. Setoap kelemahan merupakan satu pembelajaran, bayangkan mula-mula spunik dilancarkan ianya hanya mampu berfungsi 3 bulan. Kini peranan bidang pengurusan aeroangkasa dilihat digalas oleh Agensi Angkasa Malaysia dan mengharapkan bidang aeroangkasa dapat berkembang menjadi minat anak-anak muda dalam menerokasi sains angkasa. 

Video berkaitan Space Burial 



Selain ATSB yang mempelopori teknologi remote sensing satelit di Malaysia. Bayangkan jika kesinambungan RazakSat ini diteruskan bukan sahaja bumi boleh dicerap bahkan ruang angkasa juga boleh dicerap. Lihat sahaja keupayaan satelit hubble, difahamkan penutupnya boleh dibuka dan ditutup. Terlalu banyak fenomena sains belum terungkai dan boleh dipelajari di angkasa lepas. Bidang radio teleskop kini sudah bersedia untuk digunakan dan menjadi sebahagian peranan dalam remote sensing satelit. Mungkin ramai tidak tahu bahawa dunia mempunyai radio window khas yang membenarkan gelombang tertentu yang boleh menembusi ruang angkasa dari bumi, disitu hubble memainkan peranannya. Bagi bidang satelit broadcast, peranan MEASAT yang dibangunkan oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd juga dilihat satu perkembangan yang baik dalam bidang broadcast trasmission walaupun secara keseluruhan badan satelit itu tidak dibangunkan oleh syarikat tempatan. Lihat MEASAT 1, MEASAT 2, MEASAT 3, MEASAT 3A dan MEASAT 3B.


Video ringkas berkaitan dengan Satelit dan RazakSat

Optical dan Radio Window

Di ATSB, kami juga diperlihat bentuk-bentuk microsat dan nanosat dan penerangan asas penghasilannya secara mekanikal dan elektrikal. Bagi sudut elektrikal, terdapat beberapa aspek penting dalam penghasilan PCB dijalankan dengan penuh kualiti melalui prosedur-prosedur ketat antaranya mengelakkan sebarang habuk pada penghasilannya. Di ATSB terdapat alat-alat pengujian yang boleh dijalankan bagi menguji pelbagai aspek selepas penghasilan komponen atau badan microsat atau nanosat ini.
Terima kasih tak tertingga buat ATSB Sdn. Bhd. atas kesudian menerima lawatan kami dan saya mengharapkan ATSB Sdn. Sdn. terus berdaya saing dan bantuan sebaiknya dari kerajaan Malaysia juga perlu bagi pelaburan teknologi serta menggabungkan kepakaran yang ada di Malaysia ini.









  

PMSAR Visiting Jasra Melaka Club House

Tarikh : 8 Oktober 2018
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang.
Tempat : Rumah Kelab Jasra Melaka
Tetamu : PMSAR - Poli Muadzam Shah Amateur Radio

Pada 8 oktober tempoh hari, saya berkesempatan untuk memberi sokongan sempena lawatan sambil belajar dari Politeknik Muadzam Shah ke rumah kelab Jasra Melaka. Matlamat tidak lain ialah bagi mempelajar secara asas komunikasi radio amatur dan pengetahuan-pengetahuan lain yang berkaitan. lawatan disertai seramai 40 orang pelajar yang mengambil subjek DRK3212 di sana diiringi oleh pensyarah mereka iaitu Cikgu Kamal 9W2KQQ. Pengisian program lawatan ini disampaikan 9W2FRP dan dibantu oleh rakan ham lain yang hadir  termasuk 9W2USM, 9W2VMC, 9W2XHY, 9W2AHZ, 9W2MWZ, 9W2SFF dan saya sendiri disamping bantuan 9M2VBC yang membantu sesi komunikasi daripada para pelajar melalui 9M4RML.