My Slide Pages

14 Okt 2018

Visit @ ATSB Sdn. Bhd



Tarikh : 4 Oktober 2018
Masa : 10.30 pagi - 1.00 tengah hari
Lokasi : ATSB Sdn. Bhd.

Pada 4 Oktober tempoh hari, saya bersama 31 orang pelajar dari PMM berkesempatan diberikan peluang oleh ATSB Sdn Bhd di Shah Alam Selangor untuk mempelajari dan mendapatkan pendedahan industri berkaitan dengan teknologi satelit dan lain-lain yang berkaitan. Setibanya kami disana alhamdulillah kami disambut oleh En Affendi dan diberikan taklimat berkaitan dengan profil syarikat dan teknologi satelit.

Antara fakta yang menarik dapat kami pelajari ialah berkaitan dengan persediaan dan perjalanan kejuruteraan sebelum, semasa dan selepas pelancaran TiungSat dan RazakSat. Kedua-dua satelit ini merupakan remote sensing satelit yang mempunyai kamera optik yang boleh mendapatkan gambaran permukaan bumi. Ianya merupakan satelit jenis LEO dan berdasarkan penerangan contohnya RazakSat ianya bergerak selaju hampir 4km/s. Bayangkan! lajunya. RazakSat dibangunkan bagi menaiktaraf satelit TiungSat. Kedua-duanya dilancarkan di lokasi yang berlainan.

Video pelancaran RazakSat

Sebelum pelancaran RazakSat, terdapat 4 pelancaran yang dijalankan ditapak yang sama dan keempat-empat pelancaran itu gagal termasuklah pelancaran bagi menghantar abu mayat pelakon star trek. Lihat space burial. RazakSat merupakan satu titik bersejarah kemampuan kita "Malaysia" menghasilkan satelit sendiri dan pada pendapat saya kesinambungannya seolah tiada dan satu kerugian ilmu dan pembangunan modal insan selepas dasar itu seolah bertukar ke bioteknologi selepas zaman Tun M dahulu. Setoap kelemahan merupakan satu pembelajaran, bayangkan mula-mula spunik dilancarkan ianya hanya mampu berfungsi 3 bulan. Kini peranan bidang pengurusan aeroangkasa dilihat digalas oleh Agensi Angkasa Malaysia dan mengharapkan bidang aeroangkasa dapat berkembang menjadi minat anak-anak muda dalam menerokasi sains angkasa. 

Video berkaitan Space Burial 



Selain ATSB yang mempelopori teknologi remote sensing satelit di Malaysia. Bayangkan jika kesinambungan RazakSat ini diteruskan bukan sahaja bumi boleh dicerap bahkan ruang angkasa juga boleh dicerap. Lihat sahaja keupayaan satelit hubble, difahamkan penutupnya boleh dibuka dan ditutup. Terlalu banyak fenomena sains belum terungkai dan boleh dipelajari di angkasa lepas. Bidang radio teleskop kini sudah bersedia untuk digunakan dan menjadi sebahagian peranan dalam remote sensing satelit. Mungkin ramai tidak tahu bahawa dunia mempunyai radio window khas yang membenarkan gelombang tertentu yang boleh menembusi ruang angkasa dari bumi, disitu hubble memainkan peranannya. Bagi bidang satelit broadcast, peranan MEASAT yang dibangunkan oleh MEASAT Satellite Systems Sdn. Bhd juga dilihat satu perkembangan yang baik dalam bidang broadcast trasmission walaupun secara keseluruhan badan satelit itu tidak dibangunkan oleh syarikat tempatan. Lihat MEASAT 1, MEASAT 2, MEASAT 3, MEASAT 3A dan MEASAT 3B.


Video ringkas berkaitan dengan Satelit dan RazakSat

Optical dan Radio Window

Di ATSB, kami juga diperlihat bentuk-bentuk microsat dan nanosat dan penerangan asas penghasilannya secara mekanikal dan elektrikal. Bagi sudut elektrikal, terdapat beberapa aspek penting dalam penghasilan PCB dijalankan dengan penuh kualiti melalui prosedur-prosedur ketat antaranya mengelakkan sebarang habuk pada penghasilannya. Di ATSB terdapat alat-alat pengujian yang boleh dijalankan bagi menguji pelbagai aspek selepas penghasilan komponen atau badan microsat atau nanosat ini.
Terima kasih tak tertingga buat ATSB Sdn. Bhd. atas kesudian menerima lawatan kami dan saya mengharapkan ATSB Sdn. Sdn. terus berdaya saing dan bantuan sebaiknya dari kerajaan Malaysia juga perlu bagi pelaburan teknologi serta menggabungkan kepakaran yang ada di Malaysia ini.









  

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.