Terima kasih buat Mr Edgar A65BC kerana sudi merakam hasil qso bersama beliau di 10m. Rasa tergelak pun ada, ada slang spain sket hehe ditambah dengan suara serak. Apepun ianya cukup bermakna buat aku dalam melihat kualiti audio yang dihantar dari shake aku. Mungkin satu hari nanti dapat belajar dengan 9m2ody berkaitan penghasilan kualiti audio yang lebih baik dalam transmission. Thanks again to Mr Edgardo for recording this moment. 73 from 9w2esm
25 Apr 2011
My 10m CQ DX recorded by A65BC

24 Apr 2011
9W2TGT in memories
Kad QSL yang diperolehi dari mendiang hasil contact di 10m
9W2TGT iaitu mendiang Koh Sze Choon kini dalam kenangan (Silent Key). Saya mula mengenali beliau di 10m. Walaupun kurang dari setahun mengenali mendiang, serba sedikit kehilangan beliau dirasai saya. Beliau merupakan salah seorang kaki dx di 10m dan banyak ilmu dikongsi bersama mendiang sama ada semasa eyeball mahupun melalui email. Semoga keluarga dan rakan-rakan rapat mendiang dapat tabah dalam menerima kehilangan beliau dengan ucapan salam takziah dari saya sekeluarga.
Malam ni sempat menyusuri Jambatan Ke-2 Muar sambil melihat kunang-kunang bersama 9W2POB dan 9W2ZOB. Sungguh indah ciptaan tuhan. Dapat rehat sebentar sebelum sambung DX di 10m :) . Tq Pak Osman bawa jalan-jalan belakang rumah. 73 de 9W2ESM
22 Apr 2011
The 100th DXCC Confirm
Alhamdulillah, setelah lama menunggu, kad qsl yang ditunggu akhirnya sampai ke rumah. 3 confirm dxcc sampai serentak iaitu dari Iraq, Ireland Utara dan Kazakhstan. Ianya cukup untuk apply basic DXCC (Dx Century Club) hanya untuk 10m SSB. Masa diambil satu tahun empat bulan untuk mengenapkan seratus entiti dxcc yang sah mengikut ARRL. Dxcc pertama yang diterima ialah dari Reunion Island yang merupakan qso dx pertama di 10m. Cabaran seterusnya ialah DXCC Honor Roll dimana ianya memerlukan pengesahan berhubung dengan kesemua 340 entiti dxcc yang membolehkan kita dianugerahkan plaque, sijil, stiker dan pin khas.
Petang tadi juga sampai sijil khas dari NCDXF yang mengesahkan aku sebagai salah seorang penyumbang bagi aktiviti-aktiviti dx-pedition persatuan berkenaan. Semoga, dengan sumbangan yang diberikan kita tidak lagi segan bagi menjawap panggilan atau diabaikan oleh stesen dx-pedition kerana ada rakan ham Malaysia juga yang turut menghulurkan bantuan bagi menjayakan dx-pedition yang dijalankan. Selamat Hari Bumi Sedunia kepada semua.
21 Apr 2011
Bagaimana saya belajar CW
Alhamdulillah, semalam selamat sampai surat rasmi pengesahan saya lulus bagi exam cw bulan lepas. Rasa macam sekejap masa berlalu. Sejak dari exam bulan lepas, saya agak sibuk dengan urusan di tempat kerja sampai lupa ulangkaji cw. Mengenai cw ini, saya mula mengetahui bentuk kod morse ini selama 2 tahun tetapi mula secara intensif pada 50 hari terakhir sebelum exam. Cw ini bagi saya semua orang boleh mempelajarinya, ianya boleh dimiliki oleh sesiapa pun jika anda rajin dan bersungguh tidak kira apa juga level pendidikan anda serta usia anda. Apa yang boleh saya katakan "Anda adalah guru terbaik untuk diri Anda sendiri". Berikut mungkin saya boleh ceritakan serba sedikit tips dan kaedah yang saya gunakan dalam proses pembelajaran cw.
1. Anda mesti mengenal bentuk cw ini terlebih dahulu dari A-Z, nombor 0-9 serta simbol. Mungkin dengan mendengar menggunakan cd, mp3 atau dengar melalui komputer. Saya sendiri menggunakan phil kawa cd The Rhythm of The Code pemberian rakan 9m2. Ianya saya umpamakan seperti permulaan mempelajari huruf jawi (alif, ba ta ..), hari-hari baca insyallah boleh.
2. Anda perlu mendapat nasihat, pengalaman dan tunjuk ajar daripada rakan-rakan 9m yang berjaya melepasi cw tak kira yang lama atau yang baru. Masing-masing mungkin mempunyai cara dan kaedah tersendiri.
3. Saya menggunakan software cw-player setiap hari dalam pembelajaran mendengar cw. Software ini percuma dan pastikan anda tahu cara menggunakan perisian ini dengan baik. Banyak orang memilikinya tapi tidak tahu menggunakannya dengan baik. Penggunaan bahagian random pada perisian ini penting sebagai latihan tubi.
4. Sediakan buku latihan untuk mencatatkan bunyi kod morse yang anda dengar. Sebaik-baiknya buka latihan matematik 'kotak-kotak kecil'. Sekurang-kurangnya satu helaian dan semaksimum tiga ke empat helaian satu hari.
5. Lakukan latihan penerimaan tiga atau empat huruf/abjad setiap hari, dan apabila anda mahir buat latihan penerimaan tambahkan kepada tiga atau empat huruf/abjad lagi. Kemudian jika anda sudah mahir menerimanya, cantumkan ke semua abjad/huruf berkenaan dan lakukan langkah yang sama sehingga habis abjad dan nombor.
6. Jika anda adalah beginner, mulakan latihan penerimaan anda dengan kelajuan 9-10 wpm dengan spacing 3 dan tingkatkan keupayaan anda sehingga 14-15 wpm dengan spacing 1.
7. Tinggalkan dahulu latihan penghantaran, jika anda sudah mahir menerima kod morse insyallah anda dapat rasakan latihan penghantaran adalah mudah. Saya sendiri lakukan latihan penghantaran kurang dari seminggu sebelum exam.
Apepun tips yang saya berikan mungkin sesuai untuk diri saya sendiri. Mungkin anda mempunyai cara tersendiri dalam pembelajaran kod morse ini. Yang terakhir, tanya pada diri anda akan tujuan anda mempelajari kod morse ini, jika niat yang baik insyallah kesudahan yang baik adalah untuk anda. Jika tanya kepada saya, saya mempelajarikan kerana saya inginkan frekuensi penghantaran yang lebih luas untuk DXing dan untuk pembelajaran lebih mendalam di dunia radio amatur khususnya.

Terakhir saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua rakan-rakan 9M2 yang memberi tunjuk ajar dan semangat terutama kepada Pak Rashad 9M2VOT atau tunjuk ajar penggunaan perisian, 9M2AUR atas dorongan dan pinjamkan keyer, 9M2RDX atas memberi semangat untuk mengambil exam ketika saya give-up dengan radio dan juga kepada rakan-rakan 9M2 lain iaitu 9M2DA, 9M2FX, 9M2ARR, 9M2BAL, 9M2ZAK, 9M2ODY, 9M2GET yang secara tidak langsung memberi tunjuk ajar dalam pembelajaran cw.Terima kasih sudi membaca, tinggal komentar ini jika anda tidak bersetuju dengan saya :) Assalamualikum.
19 Apr 2011
Melepasi 2000 contact di 10m SSB 2011
Alhamdulillah, syukur kepada tuhan atas keajiaban yang berlaku di 10m. Sehingga pada tarikh dan waktu ini saya telah pun melangkaui 2000 contact di 10m SSB di tahun 2011. Ramai yang mengatakan ianya mustahil tapi sebenarnya tidak. Minggu lepas dan minggu ini merupakan merupakan minggu dx terbaik di 10m. Rakan saya Ejat 9W2EJT berjaya pile-up ke eropah hanya menggunakan delta loop sahaja, tahniah kepada beliau. Pada minggu lepas, banyak dxcc baru berjaya saya dapat seperti Liechtenstein, Uruguay, Chad, Corsica, Sweden, Norway, Luxembourg, Lebanon, Guyana, Georgia dan Singapore. Pada minggu lepas juga buat pertama kalinya saya dapat tembusi USA pada waktu malam (local time) iaitu dari Massachusetts dan Maine. Ianya tidak mengejutkan saya kerana sebelum itu 9W8WAT berjaya tembusi USA dan Canada serta Cikgu Sabhi 9W2MSO berjaya tembusi Chicago, USA. Pada waktu berkenaan, antena saya berada pada beam -15 darjah dari utara dimana stesen dari eropah sudah mula tidak kedengaran. Solar flux dan bilangan sun spot juga agak tinggi pada sepanjang minggu lepas ditambah dengan noise level yang tinggi.
Beberapa callsign khas juga berjaya dihubungi sepanjang minggu lepas seperti A60WARD (World Amateur Radio Day Special Callsign dari UAE), AO4WRD (Special Event Station for the World Amateur Radio Day dari Spain), EN50UG (Special Event Callsign 50 years bagi manusia pertama ke angkasa lepas - Yuri Gagarin), LG5LG (Amateur Radio in Morokulien iaitu Callsign khas dari sempadan Norway dan Sweeden) dan beberapa casllsign club dan callsign khas dari New Zealand. Station ke-2000 saya ialah Mr. Igor RA6HSM dari Russia. Tahniah kepada kepada semua rakan-rakan dx di 10m dari Malaysia dan Selamat Hari Radio Amatur Sedunia.
Sumber : qrz.com

12 Apr 2011
10m Band
Antara kumunikasi radio jarak jauh yang unik ialah radio amatur dan band yang cukup unik ialah 10m. Banyak stesen jauh-jauh kini bukan lagi mustahil di 10m. Saya pernah cerita tentang komunikasi dua hala kepada rakan-rakan lain dan ramai terpinga-pinga dan tidak kurang ada yang perli dengan mengatakan "boleh cakap dengan orang kutub utara tak?". Dah dua kali kena perli macam tu hehehe. Hobi ni mungkin hanya sesuai untuk orang tertentu sahaja. Pada tahun ini sahaja lebih daripada 1200 contact telah saya perolehi termasuk lebih daripada 1500 contact pada tahun lepas dan semuanya hanya di 10m SSB. Band 2m? mungkin ada sendiri tahu senario komunikasi band 2m di Semenanjung Malaysia khususnya.
Apa yang perlu untuk di 10m:
1. Lesen radio amatur kelas A atau kelas B.
2. Radio HF
3. Antena.
Perkara-perkara lain yang perlu ialah:
1. Sebaik-baiknya anda perlu mendaftar callsign (lesen) anda di www.qrz.com ataupun mana web yang seumpama dengannya. Web berkenaan memaparkan tentang maklumat anda seperti koordinat, alamat, email, cara penghantaran kad qsl dan gambar-gambar berkaitan anda. Majoriti stesen dx mempunyai database ini.
2. Seperti menjadi suatu keperluan anda perlu punyai kad qsl. Saya sendiri telah belanja lebih daripada seribu ringgit untuk proses kad qsl ini. Kepada rakan-rakan dx yang ada terima kad qsl hasil qso sebaik-baiknya balaslah kerana hormatilah kos yang perlu dibelanjakan oleh si penghantar kad qsl seperti sampul surat, setem dan kos kad qsl itu sendiri. Jagalah nama baik rakan ham Malaysia.
3. Gunakan SOP yang baik dan berqso dengan budi bahasa. Monitor dahalu frekuensi sebelum melakukan qso. Berikan report qso rakan dx anda. Sila basa DX Code of Conduct.
4. Catatkan semua qso anda di logbook. Mungkin ada kurang praktikkan di band 2m. Tetapi di HF ianya menjadi suatu keperluan.
5. Keperluan tambahan lain ialah bahasa inggeris, jam UTC, peta prefix dan jangka suhu lokasi. Jangan terkejut jika ada stesen jauh seperti Italy dan Jepun yang fasih berbahasa Melayu.
6. Jika ada mendengar stesen contest, sebaik-baiknya anda baca dan faham dengan jelas kaedah dan peraturan radio contest sebelum menjawap panggilan dx anda.
7. Jumpalah rakan-rakan 9m dan 9w yang pengalaman dalam dx di 10m sebelum bergiat dalam HF ini.
Band 10m memang cukup bergantung kepada propagasi. Selamat ber-dx di 10m. Cukup seronok lebih-lebih lagi sekarang ni hampir setiap malam band membuka ke Eropah. Lihatlah kejayaan DX cikgu sabhi di blog www.9w2mso.blogspot.com. Sekalung tahniah kepada beliau. Banyak DXCC yang beliau perolehi belum lagi saya capai :)
6 Apr 2011
Melepasi 1000 contact di 10m SSB 2011
Alhamdulillah, syukur. Semoga artikel saya ini tidak ditamatkan dengan perasaan dan niat negatif. Hingga pada saat ini jam 13.00 UTC atau 9mlm waktu tempatan saya telahpun berjaya melepasi 1000 contact di 10m hanya untuk tahun 2011. Tahun lepas punya tak dapat nak sahkan sebab saya punyai masalah kehilangan catatan log qso 10m untuk bulan November dan Disember. Tiada yang mustahil di band yang unik ini. Semalam merupakan dx yang banyak yang saya dapat iaitu hampir melebihi 150 contact berjaya dilakukan di mana band membuka dua kali iaitu pada belah petang dan sebelum menjelang tengah malam. Stesen ke 1000 saya ialah A41KJ iaitu Mr Siddiq dari Oman.
Sejak beberapa hari ini, ramai stesen dx memperkatakan bahawa 10m kini berada pada pusingannya. Banyak stesen-stesen lama muncul semula selepas 5 hingga 10 tahun tidak ke 10m. Saya dapat lihat banyak stesen asia berjaya tembusi U.S.A pada waktu malam dimana ianya tidak pernah berlaku sepanjangan pemantauan saya di 10m. Saya perhatikan juga jumlah sunspot dan solar flux tidaklah setinggi pada bulan febuari yang lalu tetapi keadaan band cukup memberangsangkan. Cuma masalah qrm merupakan halangan utama dalam bulan ini. Rata-rata banyak stesen dx yang lain mengalami masalah ini. Semalam merupakan hari yang unik juga bagi saya di 10m. Pile-up saya di eropah telah dijawap oleh stesen dari Venezuela dan Martinique (FM5AA). Saya cuba pusing antena menghala ke kepulauan Carabbean tetapi kurang baik penerimaannya. Mungkin saya berkerja untuk Long Path atau sesuatu yang berlaku di lapisan ionosfera di eropah.
Selamat berada di 10m. Tahniah kepada Ijat 9w2ejt kerana menyahut cabaran saya di 10m :)

Langgan:
Catatan (Atom)