22 Apr 2011

The 100th DXCC Confirm

Alhamdulillah, setelah lama menunggu, kad qsl yang ditunggu akhirnya sampai ke rumah. 3 confirm dxcc sampai serentak iaitu dari Iraq, Ireland Utara dan Kazakhstan. Ianya cukup untuk apply basic DXCC (Dx Century Club) hanya untuk 10m SSB. Masa diambil satu tahun empat bulan untuk mengenapkan seratus entiti dxcc yang sah mengikut ARRL. Dxcc pertama yang diterima ialah dari Reunion Island yang merupakan qso dx pertama di 10m. Cabaran seterusnya ialah DXCC Honor Roll dimana ianya memerlukan pengesahan berhubung dengan kesemua 340 entiti dxcc yang membolehkan kita dianugerahkan plaque, sijil, stiker dan pin khas.

Petang tadi juga sampai sijil khas dari NCDXF yang mengesahkan aku sebagai salah seorang penyumbang bagi aktiviti-aktiviti dx-pedition persatuan berkenaan. Semoga, dengan sumbangan yang diberikan kita tidak lagi segan bagi menjawap panggilan atau diabaikan oleh stesen dx-pedition kerana ada rakan ham Malaysia juga yang turut menghulurkan bantuan bagi menjayakan dx-pedition yang dijalankan. Selamat Hari Bumi Sedunia kepada semua.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.