19 Apr 2011

Melepasi 2000 contact di 10m SSB 2011

Alhamdulillah, syukur kepada tuhan atas keajiaban yang berlaku di 10m. Sehingga pada tarikh dan waktu ini saya telah pun melangkaui 2000 contact di 10m SSB di tahun 2011. Ramai yang mengatakan ianya mustahil tapi sebenarnya tidak. Minggu lepas dan minggu ini merupakan merupakan minggu dx terbaik di 10m. Rakan saya Ejat 9W2EJT berjaya pile-up ke eropah hanya menggunakan delta loop sahaja, tahniah kepada beliau. Pada minggu lepas, banyak dxcc baru berjaya saya dapat seperti Liechtenstein, Uruguay, Chad, Corsica, Sweden, Norway, Luxembourg, Lebanon, Guyana, Georgia dan Singapore. Pada minggu lepas juga buat pertama kalinya saya dapat tembusi USA pada waktu malam (local time) iaitu dari Massachusetts dan Maine. Ianya tidak mengejutkan saya kerana sebelum itu 9W8WAT berjaya tembusi USA dan Canada serta Cikgu Sabhi 9W2MSO berjaya tembusi Chicago, USA. Pada waktu berkenaan, antena saya berada pada beam -15 darjah dari utara dimana stesen dari eropah sudah mula tidak kedengaran. Solar flux dan bilangan sun spot juga agak tinggi pada sepanjang minggu lepas ditambah dengan noise level yang tinggi.

Beberapa callsign khas juga berjaya dihubungi sepanjang minggu lepas seperti A60WARD (World Amateur Radio Day Special Callsign dari UAE), AO4WRD (Special Event Station for the World Amateur Radio Day dari Spain), EN50UG (Special Event Callsign 50 years bagi manusia pertama ke angkasa lepas - Yuri Gagarin), LG5LG (Amateur Radio in Morokulien iaitu Callsign khas dari sempadan Norway dan Sweeden) dan beberapa casllsign club dan callsign khas dari New Zealand. Station ke-2000 saya ialah Mr. Igor RA6HSM dari Russia. Tahniah kepada kepada semua rakan-rakan dx di 10m dari Malaysia dan Selamat Hari Radio Amatur Sedunia.


Sumber : qrz.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.