My Slide Pages

27 Okt 2011

Be ready for another radio contest.

Radio Contest yang dimaksudkan ialah CQWW DX Contest 2011 (Phone) yang bermula pada sabtu nih jam 8.00 pagi hingga isnin jam 8.00 pagi selama 48 jam. Yaa .. memang sepatutnya kena 48 jam. Objektif pertandingan ini ialah bagi semua stesen radio amatur seluruh dunia berhubung melalui gelombang radio ke berlainan kawasan zon yang juga merentasi berlainan negara sebanyak yang mungkin.

Perlu tak mendaftar untuk menyertainya?
Tidak perlu. Anda hanya set pada diri anda sebagai peserta contest dan mematuhi kesemua peraturan yang diwar-warkan dalam website utama penganjur contest iaitu http://www.cqww.com/rules.php

Bagaimanakah cara perhubungan/komunikasi diantara peserta yang bertanding?
Anda perlu mendapatkan callsign dan hantar signal report dan nombor siri yang bermula dari 001, 002, 003 dan seterusnya dan mendapatkan report dan nombor siri stesen yang telah anda hubungi.

Ada tak perkara-perkara lain yang perlu diawasi ?
Ya, anda perlu mematuhi standard DX Code of Conduct dengan tidak menggangu frekuensi yang diguna-pakai oleh stesen yang lain dan pelbagai lagi. Pastikan kategori contest yang anda pilih, jika anda bermain untuk QRP pastikan kuasa penghantaran adalah sama. Semak http://www.cqww.com/rules.php

Apa yang perlu dibuat setelah tamat contest ?
Anda perlu hantar laporan keseluruhan pertandingan dalam bentuk fail log yang boleh dihasilkan melalui perisian notepad pada OS window anda. Format log ada diterangkan dalam http://www.cqww.com/logs_cabrillo.php dan anda boleh hantar secara manual melalui pos atau secara email. Lagi mudah jika anda menggunakan perisian khas yang digunakan untuk contest. Banyak perisian yang percuma untuk contest ini.

Ini ialah sijil contest yang baru sahaja berjaya diperolehi hasil daripada pembabitan radio contest tahun lepas untuk WAG Contest 2010, walaupun hanya 1 qso sahaja, mungkin ianya bermakna untuk anda :) de 9m2esm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.