My Slide Pages

18 Jul 2012

Day for QSL Cards

Hari semalam merupakan antara hari menerima kad QSL yang agak banyak (mungkin terkumpul) iaitu sebanyak 12 surat. Pelbagai cerita dan kenangan bagi setiap kad yang diterima. Berikut disertakan gambar bagi sebahagian kandungan kad yang diperolehi.

Selonggok sampul yang diterima.

Antara kad yang diterima ialah dari F10866 yang merupakan SWL dari negara Perancis. Beliau antara puluhan kad SWL yang diperolehi sebelum ini. In-syallah ada masa aku upload simpanan kad yang diperolehi dari SWL.

F10866 merupakan senior SWL yang mempunyai hobi mengumpul DXCC bagi band-band radio amatur. Tak kurang juga mengumpul jumlah US counties - Hebat!. Beliau kini berjaya mengumpul 329 DXCC dan 1008 counties iaitu suatu pencapaian yang jarang diperolehi oleh station berlesen. Tahniah kepada beliau!

Memperolehi sumbangan setem dari station Hawaii.

Memperolehi sumbangan setem daripada station Sepanyol untuk ditukar.

Menerima kad kelender 2013. Antara selalu diterima daripada station DX.

Menerima kad dan poskad dari station Portugal.

Menerima kad daripada station Uruguay bersama-sama kad kepunyaan Cikgu Arie dan Cikgu Sabhi. Saya akan pos pada mereka berdua. Don't worry!

Antara kad yang paling comel diperolehi dari station Iceland. Gambar mungkin anak anjing laut. Cute kan!~ De 9M2ESM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.