My Slide Pages

9 Jul 2012

Complete Another 2 Band

Saya mulakan dengan kesyukuran kerana 2 band telah berjaya mencapai 100 DXCC iaitu di 17m dan 20m. Kedua-dua band ini complete dalam usaha pencarian sepanjang bulan Jun dan awal bulan Julai. Sekarang ni aktiviti mengumpul kad-kad disamping melihat peluang di 12m band. 12m band ini boleh dikatakan agak payah dan tidak banyak penghuni disini. Boleh dikatakan ianya sama payah dengan 10m band. Tidak banyak entiti dari NA, SA dan AF begitu juga OC berada di band ini seperti di 10m.

Antena yang ada perlu penyenggaraan dan hanya boleh dibuat selepas raya nanti in-syallah. Apepun sepanjang bulan lepas dan awal bulan beberapa aktiviti telah dilakukan. Yang terbaik ialah aktiviti 9M2 Land CQ 10m. Terima kasih buat bang Solehin atas kad ingatan yang diberikan. Kad ini bukan sebarang kad kerana dalamnya tersimpan data qso. Aku membayangkan mungkin inikah bentuk kad qsl masa hadapan?

Kad kenangan yang dihantar oleh bang Solehin.

Tuner homebrew buatan Indonesia yang diperolehi bagi mengganti Comet yang masih tunggu untuk dibaik-pulih.

Kad qsl yang diperolehi dari MARTS bureau melalui bang Hamid yang pulang ke kampung. Terima kasih bang Hamid. Jumlah kad nampak macam sikit tapi melebihi 300 keping. Habis dah stok kad yang ada. Nampaknya kena buat design baru yang lebih murah.

Terdapat banyak station yang memberi sumbangan dalam bentuk setem terpakai. Terima kasih tak terhingga.

Antara DXCC terkini yang diperolehi iaitu 4U1ITU - ITU Geneva di 17m band.

Antara DXCC terkini yang diperolehi iaitu 1A0C - SMO Malta. Melalui radio amatur baru aku tahu kewujudan organisasi ini. Tak ramai yang mengetahuinya dan orang ramai perlu tahu akan kewujudannya. http://en.wikipedia.org/wiki/Sovereign_Military_Order_of_Malta

Gambar ini diambil berhadapan dengan Mydin berdekatan dengan Bandar Baru Uda. Terdapat antena 3 elemen wire antena mungkin bagi operasi frekuensi HF atau MF.

Salam Ramadhan Al-Mubarak kepada semua pengunjung. Ahlan wa sahlan ya Ramadhan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.