My Slide Pages

10 Dis 2012

Award from CRSA



Award CRSA atau Chinese Radio Sports Association bagi mode Phone (SSB) diberikan apabila berjaya berkerja dengan 10 kawasan mengikut prefix di China. Prefix yang agak susah bagi saya ialah nombor 1, 2 dan 0. Saya berjaya mengumpulnya hasil kutipan diseluruh band. CRSA satu-satunya persatuan yang memperjuang radio amatur di sana. Kita juga boleh lihat prefix bernombor digunakan mewakili kawasan yang juga diamalkan majoriti callsign radio amatur seluruh dunia. Bagaimana dengan 9M4?. Boleh lihat gambaran pecahan prefix di China seperti dibawah. 

Pada mulanya saya was-was untuk memohon award ini berdasarkan rujukan di web (click untuk rujukan). Kemudian saya berhubung dengan Jason BD7OZG dimana saya kenali beliau di 10m sejak beliau menggunakan BG7OZG. Beliau memberitahu Award ini wujud dan beliau juga memilki award berkenaan. Berikut adalah sebahagian hasil maklumat daripada beliau:

CHINA 
Chinese Radio Sports Association Award
Available to all licensed amateurs for making one contact with Chinese amateurs in each of the 0 to 9 call areas using any band. No time limitations. GCR list and fee of 20 RMB, $US3 or 4 IRC to: Chinese Radio Sports Association, PO Box 538, Nanjing 210005, P.R. CHINA . 


Sekian. Selamat mencuba!

Sumber : http://www.mapability.com/ei8ic/maps/prefix/china.php

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.