My Slide Pages

18 Dis 2014

Test for 6m band local propagation.

Pada 9 Disember 2014 yang lalu iaitu pada hari selasa jam 9.00 mlm GMT atau 13.00 UTC dan tamat sehingga jam 10.30 GMT. Pemilihan pada waktu malam adalah disebabkan siang hari ramai yang bertugas. Ujian pancar jaluran 6m ini telah dilakukan bagi tujuan menguji keupayaan perambatan NLOS/LOS gelombang frekuensi-frekuensi jaluran 6m bagi operator-operator ham radio di kawasan Muar/Melaka mahupun dari luar kawasan yang ingin mencuba. 

Berikut adalah frekuensi panggilan yang digunakan bagi ujian pancar :
- 50.110 MHz, 50.115 MHz, 50.120 MHz bagi SSB dan 
- 50.300 MHz bagi FM, 
- 50.100 MHz bagi CW, 
- 50.200 bagi Digital/RTTY, 
- 50.350 MHz bagi AM. 

Diketahui bahawa jaluran 6m merupakan penghujung bagi jaluran VHF bersempadan dengan jaluran HF. Ianya juga dipanggil sebagai magic band oleh sesetangah penggiat aktiviti DX bagi operator di luar negara. Semua orang suka magic dan tak semua orang boleh buat magic hihi. Dengan keadaan perambatan gelombang 6m yang tidak menentu, amat jarang sekali kita mendengar ramai yang kerap berhubung dengan operator jauh berbanding keadaan di 10m. Ianya merupakan band yang sukar dijangka dan cukup mencabar dan seronok bagi pemburu station dx. 

Pembukaan perambatan bagi lapisan F2 dan sporadic E (ES short skip) di ionosfera amat jarang sekali berlaku dan ianya dikaitan dengan aktiviti puncak solar yang hampir pasti berlaku setiap 11 tahun putarannya. Selain daripada itu, perambatan frekuensi di 6m juga boleh berlalu melalui aurora dan meteor scatter. Untuk mengetahui lebih jelas boleh lihat melalui banyak artikel di internet. Kalau kita lihat pada pencapaian VR2XMT Charles dari Hongkong yang berjaya memperolehi DXCC di 6m maka tidak mustahil bagi semua station operator memperolehinya juga.

Bagi perambatan secara ground wave, ianya bergerak tanpa keupayaan lapisan ionosfera mahupun troposfera. Maka keadaan skip distance tidak berlaku. Jika terdapat station ditengah-tengah yang tidak mendengar, berkemungkinan ianya lokasinya terlindung disebabkan permukaan bumi dan sebagainya atau keupayaan antena yang tidak mengizinkan. Menurut K0KP di laman sawangnya, 6m ground wave propagation boleh mencapai sehingga 80 km secara simplex dan beliau mencadangkan penggunaan antena yang mempunyai polarization yang sama bagi mengelakkan kejatuhan dB dalam penerimaan. Bayangkan jika ianya berfungsi melalui repeater, sudah pasti jaraknya akan bertambah. Tidak hairan kalau terdapat banyak repeater 6m di negara-negara seperti Jepun dan UK dll. Terdapat juga 6m beacon yang wujudkan pada sesetengah negara bagi mengetahui keadaan propagation 6m disamping melihat kepada cluster dan reverse beacon. 

Sumber : http://www.essexrepeatergroup.org.uk/gb3db.htm. Diakses pada 18/12/14. Gambar di atas adalah menunjukkan keadaan kawasan liputan (coverage) bagi repeater-repeater 6m di UK. 


Sumber : http://www.ukrepeater.net/6m.htm. Diakses pada 18/12/14. Gambar menunjukan lokasi repeater 6m yang terdapat di UK.


Sumber : http://www.keele.ac.uk/depts/por/50.htm. Senarai 6m beacon yang boleh dirujuk dan di Malaysia terdapat 9M4SIX yang beroperasi di 50.005 mode CW yang terletak di Pulau Pinang.

Ujian pancar yang dijalankan pada 9 Disember 2014 tempoh hari berjalan seperti mana yang dirancangkan. Saya telah memasang antena dipole dan vertical bagi menguji keberkesanan penggunaan antena selain antena yagi 6m. Saya berjaya berhubung dengan beberapa station berikut dengan menggunakan antena yagi 3 elemen:

QSO 1:
13.10 UTC. 9M2FX. 50.110 MHz. 
Report 59/59. USB. QRB 4km. Yagi 4 elemen.
QSO 2:
13.10 UTC. 9W2EJT. 50.110 MHz. 
Report 59/59. USB. QRB 16km. Yagi 5 elemen.
QSO 3:
14.15 UTC. 9M2YOT. 50.300 MHz. 
Report 51/51. LSB. QRB 46km. Long wire.
QSO 4:
14.21 UTC. 9M2OOO. 50.110 MHz. 
Report 41/41. USB. QRB 187km. Yagi 2 elemen.


Gambar antena yang saya gunakan yang mempunyai 3 elemen bagi jaluran 6m bersebelahan dengan antena vertical yang dipasang sementara.


Gambar antena yang digunakan oleh 9M2OOO dan dx krew beliau.

Gambar 9M2AIS bersama KL DX Team 

Saya amat terkejut apabila dapat berhubung dengan 9M2OOO walaupun dalam keadaan QRM yang tinggi. Saya juga dapat mendengar audio 9M2YOT dengan jelas di LSB dan tidak di USB. Pada ketika berkenaan 9M2OOO sedang berhubung dengan 9M2AUR manakala 9M2YOT sedang berhubung dengan 9M2MDX. Saya gagal menerima audio dari 9M2AUR dan 9M2MDX. Saya juga dapat menguji mode FM dan AM bersama 9W2EJT di mana RS(T) yang diterima dari FM cukup baik berbanding SSB. Dengan berbekalkan 1 Watt saya, saya dapat menerima RS(T) dari 9W2EJT sehingga 50 dB dari rig saya. RS(T) dari mode AM adalah paling rendah diterima berbanding dengan mode LSB, USB dan FM. Saya juga dapat menguji antena bersama dengan 9M2FX pada mode SSB di mana dengan menggunakan antena yagi, beliau menerima RS(T) 59, vertical RST 53 dan dipole RS(T) 51. Saya merasakan ketinggian antena amat memainkan peranan penting bagi membolehkan gelombang dapat merambat dengan baik tanpa halangan bagi keadaan ground wave propagation. 9W2EJT melaporkan kepada saya, beliau dapat berhubung dengan 3 station iaitu dengan saya, 9M2YOT dan 9M2FX.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua station yang turut serta dalam aktiviti yang dijalankan yang saya ketahui termasuklah.
- 9M2DA/P dari Gemas.
- 9M2MDX dari Alor Gajah.
- 9M2AUR dari KL.
- Rakan2 KL DX bersama 9M2AIS dan 9M2OOO.
- 9W2SBD dan 9W2MNW dari Perak.
- 9M2GET/P dari Kuala Terangganu.
- 9M8SYA/P2 dari Perlis.
- 9M8ALF dari Sarawak.
- 9M2TPT dari Selangor.
- Serta rakan-rakan yang lain yang mencuba dan tidak saya ketahui.
Mungkin keadaan propagation 6m tidak mengizinkan kita berhubung. Frekuensi jaluran 6m masih misteri lagi untuk diterokai. Siapa tahu jika ianya lebih baik dari 2m simplex jika kita tidak mencubanya. Saya telah mencubanya dahulu tapi mungkin tidak ada ramai yang berada monitor di jaluran 6m dan saya andaikan 6m tidak berpenghuni. Hadiah yang saya sediakan untuk aktiviti ini saya 'hold'kan dahulu dan saya akan bawakan pada next propagation test, insyallah pada bulan hadapan. Adapun waktu terbaik untuk test propagation adalah semasa ARRL VHF Contest. Sesiapa yang ingin jadi penganjur bagi aktiviti ini dialu-alukan. Terima kasih lagi sekali. Kalau saya syok sendiri atau ada kekurangan ianya adalah dari kedaifan saya sebagai seorang manusia dan mohon bantuan dari ham-ham diluar sana.


Gambar saguhati setem khas Amateur Radio ARRL 50 year Anniversary yang dibingkaikan untuk station yang layak. Mengalu-alukan sebarang sumbangan.


Video lama hasil komunikasi saya bersama 9W6RT di 6m pada 2012.


Video lama hasil komunikasi saya bersama 9M2RDX di 6m pada 2011. Maaflah jadi mat saleh celup sebab baru lepas ragchew di 10m dengan station oversea, mungkin terikut. Kepada pencinta bahasa, saya mohon maaf.

30 Nov 2014

My Malaysian 40m Net Report on November 2014

Pada sekian minggu di bulan November 2014, saya telah berkesempatan menjadi Net Controller (NCS) untuk Malaysian 40m net dan disenaraikan butiran penyertaan dan report (RS) yang diberikan.


Frequency : 7.130 MHz
Band : 40m
Time : 930 MST / 130 UTC
Mode : LSB


Date : 30/11/2014
Detail : No emergency or priority traffic.
Jumlah penyertaan : 5
Callsign : 9M2YRS (59/59), 9M2AU (59/59), 9M2WW (59/59), 9M2NM (59/59), YB6IQT (59/59).

Date : 23/11/2014
Detail : No emergency or priority traffic.
Jumlah penyertaan : 12
Callsign :9M2RS (59/59), 9M2RMT/M (55/55), 9M2ART/P (55/55), 9M2WAN/P (55/55), 9M2RUL (55/55), 9M2HC (59/59), 9M2FX (59/59), 9M2MSL (59/59), 9M2NM (59/59), YB5OUB (59/59), YB6ODD (59/59), YB6PR (59/59).

Date : 09/11/2014
Detail : No emergency or priority traffic.
Jumlah penyertaan : 7
Callsign : 9M2ZAE (59/59), 9M2HC (59/59), 9M2RD/P (59/59), 9M2OK (59/59), 9M2YOT (59/59), 9M2FX (59/59).


Antara stesen yang berjaya saya hubungi dan berkenalan dan ingin saya kongsikan sepanjang pengendalian net ini ialah 9M2WW iaitu Pak Hum dari Subang Jaya. Beliau yang sudah berusia 70an mula memperolehi lesen pada tahun 1989 dan aktif pada sekitar 1995. Beliau menggunakan antena 40m dipole dan mempunyai tribander qubical quad. Saya cukup gembira kerana beliau kesudian untuk bertukar qsl kad sebagai tanda komunikasi di 40m band. All the best for Pak Hum. 73



Gambar 9M2WW Pak Hum (dari qrz.com).


21 Nov 2014

Almarhum Tunku Abdul Rahman Al-Haj








Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah merupakan Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu bermula tahun 1955 dan Perdana Menteri pertama selepas negara kita mendapat kemerdekaan pada tahun 1957. Tiada siapa dari Malaysia yang tidak mengenali beliau dalam sumbangannya memperolehi kemerdekaan tanah melayu.

Barangkali ramai tidak tahu bahawa, Tunku Abdul Rahman pernah memancar menggunakan ham radio pada sekitar awal tahun 1958 di rumah 9M2DQ ketika beliau bercuti di Pulau Langkawi. Beliau berjaya berhubung dengan stesen dari Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Melaka, Muar dan Kota Baharu dan mengembirakan seramai 60 orang ham radio di seluruh negeri semenanjung malaya pada ketika itu termasuk singapura. 

Berita Harian, 4 January 1958, Page 5



Qsl kd milik J. C. Pershouse sewaktu menggunakan VS2DQ, lokasi di Pulau Langkawi, Kedah.


Qsl kad milik J. C. Pershouse sewaktu menggunakan 9M2DQ, lokasi di Kuala Ketil, Kedah.



Gambar 9M2DQ dan 9V1QG sewaktu di SEANET pertama pada tahun 1971 di Pulau Pinang di mana beliau (9M2DQ) sebagai host bagi SEANET. http://seanet.cc/seanet_1971.htm


Berdasarkan Berita Harian - 4 January 1958, Major J. C. Clinch melaporkan bahawa Tunku Abdul Rahman memberitahu dalam ucapannya, kalau tidak disebabkan ketiadaan masa sudah pasti beliau akan menjadi seorang operator radio amatur.



Berdasarkan The Journal of The Royal Signals Amateur Radio Society Issue-6 January 1964, Major J. C. Clinch yang kemudiaannya Lt. Col. J. C. Clinch merupakan seorang operator radio amatur dengan callsign 9M2ER (VS2ER/DL2ER) yang juga ahli RSARS di mana bersamanya tercatat 2 lagi ahli dari Malaysia iaitu 9M2EZ (G3MLM) iaitu S/Sgt. D. Parker dan 9M2GF milik WOII Craze.


Berdasarkan buku The Vital Link: The Story of Royal Signals 1945-1985 tulisan Phillip Warner terbitan The Royal Corps of Signals 1989, semasa waktu pengistiharan kemerdekaan tanah melayu 1957, J. C. Clinch merupakan individu yang bertanggungjawab menyediakan komunikasi sewaktu hari bersejarah berkenaan. Pada kejadian beliau berjaya menyediakan sejumlah 20 set Pye VHF Mobile dari Telecom dan dipasang pada ke semua kenderaan yang terlibat yang boleh mencapai liputan bagi kawasan Kuala Lumpur.



Gambar Pye Reporter VHF AM mobile transceiver dari web http://www.vk6uu.id.au/fminvk6.html

19 Nov 2014

New radio award collection - WAS


Koleksi terbaru yang diperolehi. Dimana permohoan perlu menyediakan 50 qsl kad yang mewakili 50 negeri di USA. Ke semua kad ini perlu disahkan oleh qsl card checker atau dengan mudah jika menggunakan LOTW. Selain itu sejumlah wang juga perlu disediakan. Boleh rujuk laman sawang ARRL untuk lihat lebih lanjut.


Antara negeri yang paling payah untuk saya perolehi ialah dari ND North Dakota dan MN Minnesota. Paling mudah untuk berhubung ialah HI Hawaii dan CA California.



Qsl kad milik Jerry dari Delaware, adalah kad terakhir yang saya hantar bagi mendapatkan pengesahan ke-50 untuk WAS.


11 Nov 2014

Joe Walsh WB6ACU

Joseph Fidler "Joe" Walsh (born November 20, 1947) is an American singer, songwriter, composer, multi-instrumentalist, and record producer. In a career spanning more than 40 years, Walsh has been a member of five successful rock bands: the Eagles, theJames Gang, Barnstorm, The Party Boys, and Ringo Starr & His All-Starr Band

 "I'm looking forward to a pileup ... and I'd been logging 350 QSOs an hour" Joe Walsh operating W1AW with ARRL staff members during the ARRL International DX Contest (Phone) 2004.

While living in New York City, Walsh began a lifelong interest in amateur radio. Walsh holds an Amateur Extra Class Amateur Radio License, and his station callsign is WB6ACU. In 2006 he donated an autographed guitar to the ARRL in Newington, Connecticut, for its charity auction. He has also been involved with the group's "Big Project," which brings amateur radio into schools. Walsh has included Morse Code messages in his albums on two occasions: once on the album Barnstorm ("Register and Vote"), and later on Songs for a Dying Planet ("Register and Vote for Me").

Walsh performing live at the The Troubadour, West Hollywood in Los Angeles, CA, in 2012 (Wikipedia).


Joe Walsh berbincang mengenai analog synthesizer dan muzik, dll (2014)


Joe Walsh cerita bagaimana beliau bermula dengan ham radio dan bagaimana ianya membantunya dalam awal pembabitannya di dunia muzik, dll (2011)


WB6ACU Audio Record

14 Okt 2014

Letter V Song

15 Sep 2014

Behind New IRC Design


Sumber : http://www.upu.int/ (Sept, 2014)

Bagi mereka yang berkerja dengan DX, pastinya akan menerima kertas ini. Ianya dinamakan IRC atau International Reply Coupun. Ianya diberikan oleh stesen DX bersama kad qsl tanda komunikasi dan mengharapkan kita membalasnya. IRC ini seharusnya digunakan bagi menggantikan fungsi setem dalam kita membalas kad qsl. Sehingga kini saya belum pernah dapat menebus mana-mana IRC ini dimana-mana pejabat pos yang berhampiran dan negara Malaysia antara negara yang tidak menjual IRC ini. Cuma recyecle balik je. 

Disebalik IRC yang baru ini, negara Republik Czech telah memenangi pertandingan UPU untuk mereka bentuk IRC dan menewaskan 13 negara lain. Ianya direka oleh Michal Sindelar iaitu artis dari Czech yang memaparkan tema " Air untuk Kehidupan" , yang dipilih untuk menggambarkan 2013 PBB Tahun Antarabangsa Kerjasama Air. Ianya telah mula dijual pada 1 Julai 2013 dan sah sehingga akhir 2017. Ia akan menggantikan kupon lama yang dikenali sebagai model Nairobi yang direka oleh  Rob Van Goor, seorang arits grafik dari Luxembourg Post.

IRC yang pertama dalam sejarah diperkenalkan pada tahun 1906 pada kongres Kesatuan Pos di Rom. Pada masa itu IRC satu boleh ditukar dengan kadar yang tunggal setem pos biasa untuk penghantaran jalan darat permukaan ke negara asing. Terdapat juga yang mengumpul koleksi IRC ini sebahagian cabang hobi kecil. 
Bagi rakan-rakan yang tidak tahu nak buat apa dengan irc ni boleh la jual semua pada rakan-rakan yang boleh menggunakannya kembali seperti saya hehe. Sekian.



Gambar IRC Design “Rome” 1906 yang dijual di ebay pada 2012 dengan harga USD 196.

7 Sep 2014

*.xls to *.adi

Akhirnya ke semua log manual yang tercatat pada Microsoft Excel berjaya diubah kepada file adif (.ADI) untuk dimasukkan ke dalam club log. Kemajuan dan kemudahan teknologi memang tidak boleh dielakkan. Mau atau tidak kena menggunakannya dan manfaatnya memang terbukti. 

Dulu pada awal pembabitan dalam dunia Dx'er sewaktu callsign 9W2 semua log dibuat dalam Microsof Excel. Memang memudahkan berbanding log pada kertas. Maklum la, tak banyak mana pun 'contact' yang berjaya dilakukan. Nak sorting DXCC pun mudah. Tapi bila pilihan band menjadi banyak dan kalau anda suka mengumpul contact yang banyak antara aplikasi yang dicadangkan ialah club log. Club log memerlukan antaranya fail berformat *.ADI dalam muat-naik 'contact'. Tidak semestinya dalam meminati hobi dx'ing ini anda perlu memperolehi banyak contact. Terdapat stesen DX yang hanya berhubung untuk dapatkan DXCC sahaja. Anda juga yang suka rag-chew dan tak kesah pun jumlah contact. Anda juga boleh jadi DX'er santai yang hanya meluangkan masa untuk cuba mengubungi stesen DX pada waktu terluang atau hanya mengikuti rakan-rakan yang ada membuat program DX'ing diluar yang mungkin aktivitinya tidak banyak dalam satu tahun sudah. Mari join mereka.

Dalam internet memang banyak kaedah yang dicadangkan, dan setelah mencuba pelbagai perisian Contest Log Checker dirasakan mudah. Perisian ini boleh dicapai pada link ini. Selain daripada memudahkan dalam membuat semakan log contest ianya amat mudah dalam proses mengubah log dalam Microsoft Excel kepada adif file.

Berikut adalah ringkasan langkah yang perlu dilakukan:

1. Pastikan anda telah mengemaskini log anda pada senarai yang tersusun. Lihat rajah 1.




Rajah 1. (klik untuk besarkan).

2. Kemudian pastikan terdapat column penting iaitu callsign stesen yang dihubungi, tarikh (YYYYMMDD), masa (HHMM), operator (callsign anda sendiri), mode, frekuensi, RST RCVD dan RST SENT.

3. Simpan (save) fail anda sebagai *.xls Excel 97-2003 Workbook.

4. Open perisian Log Converter dan klik butang 'Open'. Masukkan fail *.xls anda tadi. Lihat rajah 2.


Rajah 2. (klik untuk besarkan)


5. Masukan tajuk column yang diperolehi. Lihat rajah 3.


Rajah 3. (klik untuk besarkan)

6. Setelah siap. Klik 'Check Log' atau tekan CTRL-D dan lihat sama ada ada error atau tidak. Jika ada error warna merah akan kelihatan dan perbaiki masalah berkenaan.

7. Jika sempurna. Anda dah boleh simpan (save) fail berkenaan dalam format *.ADI.

Apabila siap dah boleh upload fail berkenaan dalam club log, hrd, atau LOTW. Selamat mencuba.

26 Feb 2014

New International Rate Malaysia Postage

Tadi baru sahaja semak kadar pos untuk ke luar negara, rupanya ada yang terkini update. Lihat gambar dibawah.


Dapat diperhatikan ada perubahan dari segi kos untuk Surface Postage Rate. Jadi pos udara lebih murah dan cepat. Lepas ni semua pos digalakkan air mail terutama pada penerima qsl kad dari bureau yang banyak. 

Bawah ni adalah negara-negara dibawah kategori Asia Pasific dan kos pos udara adalah Rm1.40 bagi berat surat 20 gram ke bawah. Kalau dahulu saya kurang jelas tentang kos pos bagi negara-negara seperti Nauru, Palau, Tuvalu dll dan kini nampaknya ianya semakin jelas. Dahulunya, saya pernah hantar surat ke negara-negara ini dan diletakkan bawah zone 3. Apepun, digalakkan pada akhir alamat pos tu. Ditulis (mungkin kecil sedikit) perkataan. Asia Pasific agar ianya menjelaskan segalanya.


Hanya sekadar hobi.

19 Jan 2014

High Price for 1AW Vintage QSL

Salah satu cabang hobi yang kini semakin berkembang ialah penyimpanan koleksi qsl kad lama. Di sebalik itu, ianya juga boleh dikategorikan sebagai poskad lama yang juga mempunyai ramai pengumpulnya diseluruh dunia. Keunikan poskad lama ini ianya menceritakan dan menggambarkan situasi sesebuah tempat yang penting bagi generasi baru untuk melihat sejarah mereka.

Gambar di atas adalah salah satu poskad berlatar belakang kampung melayu di singapura pada tahun 1908. Perkembangan hobi mengumpul qsl kad lama kini amat baik, berdasarkan sumber internet yang dirujuk dari ARRL Letter Vol. 21, No. 37 September 20, 2002, kad QSL 1923 milik callsign 1AW telah berjaya dilelong pada harga USD 2125 atau dalam Malaysia dalam RM 7000.

QSL kad 1AW tahun 1925.
Sumber : http://qsl-history.webs.com/thepioneerstheusa.htm

Pemilik callsign 1AW sebenarnya bernama Hiram Percy Maxim (1869-1936) yang merupakan pelopor komunikasi radio di Amerika dan seorang pereka-cipta. Beliau juga merupakan co-founder kepaa ARRL. Keluarga dan saudara mara beliau juga adalah pereka-cipta dan mempunyai pelbagai paten. Selain callsign 1AW, beliau juga pemegang callsign SNY, 1WH dan 1ZM. Selepas perang dunia pertama, beliau menggunakan 1AW dan kemudiannya kepada W1AW yang juga kini merupakan callsign khas bagi ibu pejabat ARRL. (Sumber wikipedia).

Gambar Hiram Percy Maxim. Sumber http://www.arrl.org. Radio spark-gap transmitter 'old betsy' beliau kini ditempatkan secara terhormat di ibu-pejabat ARRL.