Pada 9 Disember 2014 yang lalu iaitu pada hari selasa jam 9.00 mlm GMT atau 13.00 UTC dan tamat sehingga jam 10.30 GMT. Pemilihan pada waktu malam adalah disebabkan siang hari ramai yang bertugas. Ujian pancar jaluran 6m ini telah dilakukan bagi tujuan menguji keupayaan perambatan NLOS/LOS gelombang frekuensi-frekuensi jaluran 6m bagi operator-operator ham radio di kawasan Muar/Melaka mahupun dari luar kawasan yang ingin mencuba.
Berikut adalah frekuensi panggilan yang digunakan bagi ujian pancar :
- 50.110 MHz, 50.115 MHz, 50.120 MHz bagi SSB dan
- 50.300 MHz bagi FM,
- 50.100 MHz bagi CW,
- 50.200 bagi Digital/RTTY,
- 50.350 MHz bagi AM.
Diketahui bahawa jaluran 6m merupakan penghujung bagi jaluran VHF bersempadan dengan jaluran HF. Ianya juga dipanggil sebagai magic band oleh sesetangah penggiat aktiviti DX bagi operator di luar negara. Semua orang suka magic dan tak semua orang boleh buat magic hihi. Dengan keadaan perambatan gelombang 6m yang tidak menentu, amat jarang sekali kita mendengar ramai yang kerap berhubung dengan operator jauh berbanding keadaan di 10m. Ianya merupakan band yang sukar dijangka dan cukup mencabar dan seronok bagi pemburu station dx.
Pembukaan perambatan bagi lapisan F2 dan sporadic E (ES short skip) di ionosfera amat jarang sekali berlaku dan ianya dikaitan dengan aktiviti puncak solar yang hampir pasti berlaku setiap 11 tahun putarannya. Selain daripada itu, perambatan frekuensi di 6m juga boleh berlalu melalui aurora dan meteor scatter. Untuk mengetahui lebih jelas boleh lihat melalui banyak artikel di internet. Kalau kita lihat pada pencapaian VR2XMT Charles dari Hongkong yang berjaya memperolehi DXCC di 6m maka tidak mustahil bagi semua station operator memperolehinya juga.
Bagi perambatan secara ground wave, ianya bergerak tanpa keupayaan lapisan ionosfera mahupun troposfera. Maka keadaan skip distance tidak berlaku. Jika terdapat station ditengah-tengah yang tidak mendengar, berkemungkinan ianya lokasinya terlindung disebabkan permukaan bumi dan sebagainya atau keupayaan antena yang tidak mengizinkan. Menurut K0KP di laman sawangnya, 6m ground wave propagation boleh mencapai sehingga 80 km secara simplex dan beliau mencadangkan penggunaan antena yang mempunyai polarization yang sama bagi mengelakkan kejatuhan dB dalam penerimaan. Bayangkan jika ianya berfungsi melalui repeater, sudah pasti jaraknya akan bertambah. Tidak hairan kalau terdapat banyak repeater 6m di negara-negara seperti Jepun dan UK dll. Terdapat juga 6m beacon yang wujudkan pada sesetengah negara bagi mengetahui keadaan propagation 6m disamping melihat kepada cluster dan reverse beacon.
Sumber : http://www.essexrepeatergroup.org.uk/gb3db.htm. Diakses pada 18/12/14. Gambar di atas adalah menunjukkan keadaan kawasan liputan (coverage) bagi repeater-repeater 6m di UK.
Sumber : http://www.ukrepeater.net/6m.htm. Diakses pada 18/12/14. Gambar menunjukan lokasi repeater 6m yang terdapat di UK.
Sumber : http://www.keele.ac.uk/depts/por/50.htm. Senarai 6m beacon yang boleh dirujuk dan di Malaysia terdapat 9M4SIX yang beroperasi di 50.005 mode CW yang terletak di Pulau Pinang.
Ujian pancar yang dijalankan pada 9 Disember 2014 tempoh hari berjalan seperti mana yang dirancangkan. Saya telah memasang antena dipole dan vertical bagi menguji keberkesanan penggunaan antena selain antena yagi 6m. Saya berjaya berhubung dengan beberapa station berikut dengan menggunakan antena yagi 3 elemen:
QSO 1:
13.10 UTC. 9M2FX. 50.110 MHz.
Report 59/59. USB. QRB 4km. Yagi 4 elemen.
QSO 2:
13.10 UTC. 9M2FX. 50.110 MHz.
Report 59/59. USB. QRB 4km. Yagi 4 elemen.
QSO 2:
13.10 UTC. 9W2EJT. 50.110 MHz.
Report 59/59. USB. QRB 16km. Yagi 5 elemen.
QSO 3:
Report 59/59. USB. QRB 16km. Yagi 5 elemen.
QSO 3:
14.15 UTC. 9M2YOT. 50.300 MHz.
Report 51/51. LSB. QRB 46km. Long wire.
QSO 4:
Report 51/51. LSB. QRB 46km. Long wire.
QSO 4:
14.21 UTC. 9M2OOO. 50.110 MHz.
Report 41/41. USB. QRB 187km. Yagi 2 elemen.
Report 41/41. USB. QRB 187km. Yagi 2 elemen.
Gambar antena yang saya gunakan yang mempunyai 3 elemen bagi jaluran 6m bersebelahan dengan antena vertical yang dipasang sementara.
Saya amat terkejut apabila dapat berhubung dengan 9M2OOO walaupun dalam keadaan QRM yang tinggi. Saya juga dapat mendengar audio 9M2YOT dengan jelas di LSB dan tidak di USB. Pada ketika berkenaan 9M2OOO sedang berhubung dengan 9M2AUR manakala 9M2YOT sedang berhubung dengan 9M2MDX. Saya gagal menerima audio dari 9M2AUR dan 9M2MDX. Saya juga dapat menguji mode FM dan AM bersama 9W2EJT di mana RS(T) yang diterima dari FM cukup baik berbanding SSB. Dengan berbekalkan 1 Watt saya, saya dapat menerima RS(T) dari 9W2EJT sehingga 50 dB dari rig saya. RS(T) dari mode AM adalah paling rendah diterima berbanding dengan mode LSB, USB dan FM. Saya juga dapat menguji antena bersama dengan 9M2FX pada mode SSB di mana dengan menggunakan antena yagi, beliau menerima RS(T) 59, vertical RST 53 dan dipole RS(T) 51. Saya merasakan ketinggian antena amat memainkan peranan penting bagi membolehkan gelombang dapat merambat dengan baik tanpa halangan bagi keadaan ground wave propagation. 9W2EJT melaporkan kepada saya, beliau dapat berhubung dengan 3 station iaitu dengan saya, 9M2YOT dan 9M2FX.
Saya mengucapkan terima kasih kepada semua station yang turut serta dalam aktiviti yang dijalankan yang saya ketahui termasuklah.
- 9M2DA/P dari Gemas.
- 9M2MDX dari Alor Gajah.
- 9M2AUR dari KL.
- Rakan2 KL DX bersama 9M2AIS dan 9M2OOO.
- 9W2SBD dan 9W2MNW dari Perak.
- 9M2GET/P dari Kuala Terangganu.
- 9M8SYA/P2 dari Perlis.
- 9M8ALF dari Sarawak.
- 9M2TPT dari Selangor.
- Serta rakan-rakan yang lain yang mencuba dan tidak saya ketahui.
- 9M8ALF dari Sarawak.
- 9M2TPT dari Selangor.
- Serta rakan-rakan yang lain yang mencuba dan tidak saya ketahui.
Mungkin keadaan propagation 6m tidak mengizinkan kita berhubung. Frekuensi jaluran 6m masih misteri lagi untuk diterokai. Siapa tahu jika ianya lebih baik dari 2m simplex jika kita tidak mencubanya. Saya telah mencubanya dahulu tapi mungkin tidak ada ramai yang berada monitor di jaluran 6m dan saya andaikan 6m tidak berpenghuni. Hadiah yang saya sediakan untuk aktiviti ini saya 'hold'kan dahulu dan saya akan bawakan pada next propagation test, insyallah pada bulan hadapan. Adapun waktu terbaik untuk test propagation adalah semasa ARRL VHF Contest. Sesiapa yang ingin jadi penganjur bagi aktiviti ini dialu-alukan. Terima kasih lagi sekali. Kalau saya syok sendiri atau ada kekurangan ianya adalah dari kedaifan saya sebagai seorang manusia dan mohon bantuan dari ham-ham diluar sana.
Gambar saguhati setem khas Amateur Radio ARRL 50 year Anniversary yang dibingkaikan untuk station yang layak. Mengalu-alukan sebarang sumbangan.
Video lama hasil komunikasi saya bersama 9W6RT di 6m pada 2012.
Video lama hasil komunikasi saya bersama 9M2RDX di 6m pada 2011. Maaflah jadi mat saleh celup sebab baru lepas ragchew di 10m dengan station oversea, mungkin terikut. Kepada pencinta bahasa, saya mohon maaf.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.