My Slide Pages

7 Sep 2014

*.xls to *.adi

Akhirnya ke semua log manual yang tercatat pada Microsoft Excel berjaya diubah kepada file adif (.ADI) untuk dimasukkan ke dalam club log. Kemajuan dan kemudahan teknologi memang tidak boleh dielakkan. Mau atau tidak kena menggunakannya dan manfaatnya memang terbukti. 

Dulu pada awal pembabitan dalam dunia Dx'er sewaktu callsign 9W2 semua log dibuat dalam Microsof Excel. Memang memudahkan berbanding log pada kertas. Maklum la, tak banyak mana pun 'contact' yang berjaya dilakukan. Nak sorting DXCC pun mudah. Tapi bila pilihan band menjadi banyak dan kalau anda suka mengumpul contact yang banyak antara aplikasi yang dicadangkan ialah club log. Club log memerlukan antaranya fail berformat *.ADI dalam muat-naik 'contact'. Tidak semestinya dalam meminati hobi dx'ing ini anda perlu memperolehi banyak contact. Terdapat stesen DX yang hanya berhubung untuk dapatkan DXCC sahaja. Anda juga yang suka rag-chew dan tak kesah pun jumlah contact. Anda juga boleh jadi DX'er santai yang hanya meluangkan masa untuk cuba mengubungi stesen DX pada waktu terluang atau hanya mengikuti rakan-rakan yang ada membuat program DX'ing diluar yang mungkin aktivitinya tidak banyak dalam satu tahun sudah. Mari join mereka.

Dalam internet memang banyak kaedah yang dicadangkan, dan setelah mencuba pelbagai perisian Contest Log Checker dirasakan mudah. Perisian ini boleh dicapai pada link ini. Selain daripada memudahkan dalam membuat semakan log contest ianya amat mudah dalam proses mengubah log dalam Microsoft Excel kepada adif file.

Berikut adalah ringkasan langkah yang perlu dilakukan:

1. Pastikan anda telah mengemaskini log anda pada senarai yang tersusun. Lihat rajah 1.




Rajah 1. (klik untuk besarkan).

2. Kemudian pastikan terdapat column penting iaitu callsign stesen yang dihubungi, tarikh (YYYYMMDD), masa (HHMM), operator (callsign anda sendiri), mode, frekuensi, RST RCVD dan RST SENT.

3. Simpan (save) fail anda sebagai *.xls Excel 97-2003 Workbook.

4. Open perisian Log Converter dan klik butang 'Open'. Masukkan fail *.xls anda tadi. Lihat rajah 2.


Rajah 2. (klik untuk besarkan)


5. Masukan tajuk column yang diperolehi. Lihat rajah 3.


Rajah 3. (klik untuk besarkan)

6. Setelah siap. Klik 'Check Log' atau tekan CTRL-D dan lihat sama ada ada error atau tidak. Jika ada error warna merah akan kelihatan dan perbaiki masalah berkenaan.

7. Jika sempurna. Anda dah boleh simpan (save) fail berkenaan dalam format *.ADI.

Apabila siap dah boleh upload fail berkenaan dalam club log, hrd, atau LOTW. Selamat mencuba.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.