My Slide Pages

9 Mac 2015

Malaysian 6m CQ Day (Siri II)


Pada 19hb/Jan/2015 yang lalu, beberapa stesen terutama dari semenanjung Malaysia telah melibatkan diri dalam percubaan bagi komunikasi 6m secara setempat (local) terutama dari kawasan Kuala Lumpur. Ianya bermula dari jam 9.00 malam waktu Malaysia dan tamat jam 10.30 malam. Disebabkan ketiadaan masa untuk update, banyak maklumat yang saya simpan pada kejadian berkenaan hilang dan tidak dapat saya bawakan dalam artikel ini.

Secara umumnya, team 9M2OOO/P dan team 9M2AIA/P berjaya mendapatkan komunikasi yang agak banyak di 6m terutama dalam mode SSB dan FM. Dikhabarkan audio 9M2AIS/P yang sedang CQ dalam mode FM berjaya dirakam oleh seorang rakan ham dari Sarawak, akan tetapi panggilan rakan dari Sarawak berkenaan tidak berjaya didengari oleh 9M2AIS/P. Saya sendiri berjaya hanya berhubung dengan 9M2OOO/P sahaja itupun pada keadaan RS 41. Antara stesen lain yang diketahui turut serta ialah 9W2SBD, 9W2VXP, 9M2TPT, 9M2AUR dll.

Berikut ada report komunikasi yang saya perolehi dari FB iaitu Patrick Ng,

" I am 9W2XNG from Air Itam , manage to work with 9M2CLN (Bayan Lepas), 9W2FCN (B.Lepas), 9W2AVI (J.Mesjid Negeri), 9W2YCY (Tanjung Bungah), 9W2LWO (Juru)"

Cenderahati untuk aktiviti ini telah pun saya berikan kepada 9M2OOO and team dx beliau atau kesungguhan pasukan beliau dalam aktiviti ini dengan membina antena khas 6m disamping berjaya berhubung sejumlah besar komunikasi di 6m dalam tempoh berkenaan.


Cenderahati kecil yang saya berikan.

Tiada apa yang boleh saya katakan, ucapan tahniah dan terima kasih kepada semua yang menjayakan aktiviti ini. Terima kasih bang lehan 9W2SBD atas mempromosikan aktiviti. Ramai bertanyakan aktiviti selanjutnya dan ada yang mencadangkan aktiviti secara bulanan. Cadangan yang menarik dan ada baiknya ianya dilaksanakan menerusi persatuan-persatuan radio yang kita anggotai. Ramai juga yang mencadangkan dibuat pada waktu petang dan pada hari cuti minggu. Saya telah ikuti dua kali aktiviti ini dan hasil yang sama saya perolehi. Keupayaan akan meningkat kalau saya naikkan kuasa dan gunakan directive antena yang lebih baik. Mungkin hasil yang sama jika dilakukan lagi. Masih ramai yang kurang meminati 6m band ini ditambah dengan alat komunikasi seumpama handy masih pada harga yang tinggi.

Tidak banyak laman sawang ramalan propagation di luar sana yang mampu membuat pemetaan terbaik keadaan layer E-skip atau sporodic-E ini bagi bulan-bulan atau hari-hari mendatang. Pemetaan yang ada hanya berdasarkan maklumat cluster yang diperolehi hasil aktiviti-aktiviti yang lepas. Akan tetapi salah satu cara yang mungkin kita boleh cuba ialah komunikasi 6m melalui meteor scatter.

Meteor scatter atau serakan laluan meteor yang melintasi permukaan bumi ini boleh membiaskan dan memantulkan isyarat radio melalui ciri pengionan unik yang terdapat sejumlah banyak electron padanya. Ramai yang tidak tahu bahawa jarak lapisan ionosfera dari permukaan bumi adalah dalam lingkungan 50km ke 1000km dan kedudukan E layer hanyalah dalam lingkungan 150km.

Berdasarkan Agensi Angkasa Malaysia melalui kalendar astromoni yang diberikan pada umum, terdapat tarikh tertentu dimana berlakunya laluan meteor yang boleh dilihat di Malaysia iaitu:



22, 23 April 2015
Pancuran Meteor Lyrids dimana Meteor Lyrids kelihatan dari 16 hingga 25 April dengan kadar purata 20 meteor sejam ketika waktu puncaknya iaitu pada 22 dan 23 April. Waktu terbaik untuk menyaksikan fenomena ini adalan selepas tengah malam di kawasan yang gelap dan bebas pencemaran cahaya. Meteor akan muncul dari kawasan buruj Lyra. Bulan pada fasa sukuan membesar yang tenggelam selepas tengah malam memberikan peluang yang baik untuk melihat pancuran meteor ini.

28, 29 Julai 2015
Pancuran Meteor Delta Aquarids - Purata 20 pancuran meteor sejam ketika waktu puncak. Meteor muncul dari buruj Aquarius.

12 Ogos 2015
Pancuran Meteor Perseids - Purata 60 pancuran meteor sejam ketika waktu puncak. Meteor muncul dari buruj Perseus.

21, 22 Oktober 2015
Pancuran Meteor Orionids - Purata 20 pancuran meteor sejam ketika waktu puncak, Meteor muncul dari buruj Orion. Waktu terbaik untuk menyaksikan meteor ini adalah selepas waktu malam pada 20-24 Oktovber ke arah Timr. Kenampakan pada tahun ini agak menarik kerana bulan terbenam selepas tengah malam.

12,13 November 2015
Pancuran Meteor Taurids - Purata 5-10 pancuran meteor sejam ketika waktu puncak. Meteor muncul dari buruj Taurus. Pancuran berlaku adalah antara 20 oktober hingga 10 Disember dengan kemuncaknya pada malam 12 November. Waktu terbaik untuk menyaksikannya adalah selepas tengah malam di kawaasan yang bebas pencemaran cahaya.

17, 18 November 2015
Pancuran Meteor Leonids - Puarata 40 pancuran meteor sejam ketika waktu puncak. Meteor muncul dari buruj Leo.

13,14 Disember 2015
Pancuran Meteor Geminids - Purata 60 pancuran meteor sejam ketika waktu puncak. Meteor ini dari buruj Gemini dari arah Timur.

22, 23 Disember 2015
Pancuran Meteor Ursids - Purata 5-10 pancuran meteor sejam ketika waktu puncak. Meteor muncul dari buruj Ursa Minor.

Gambar menunjukkan tidak semua isyarat radio dapat melepasi lapisan atmosfera.

Adapun kedudukan sebenar meteor ini dari permukaan bumi tidak diketahui secara tepat. Mungkin tarikh-tarikh ini sesuai, mungkin tidak. Jika ia sesuai sekalipun, dan tidak ada sesiapa yang menghuni 6m untuk dihubungi pun tak berguna juga. Mungkin kita dapat saksikan fenomena ini dengan mata kasar kita walaupun gagal hubungi sesiapa di 6m. Selain ssb, dx'er negara-negara luar menggunakan digital dan cw yang lebih ringkas bagi mereka. Sekian dahulu, 73.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.