Tarikh : 23 - 25 Julai 2019
Tempat : SMKA Pagoh Muar, Johor
Program : Korobori Pengakap Kanak-Kanak Johor 2019
Krew : 9m2da, 9w2spn, 9w2kal, 9w2rdc, 9w2jbu, 9w2jrh, 9m2esm, 9w2txp, 9w2zri, 9w2mkz, 9w2mie dan 9w2ftj.
Pada minggu yang lalu, kami dari Persatuan Radio Amatur Muar Johor berkesempatan menyertai Program Korobori Pengakap Kanak-Kanak Johor 2019 selaku petugas aktiviti dan pameran radio amatur. Seramai 12 orang ahli telah terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam aktiviti ini. Aktiviti-aktiviti yang ditugaskan adalah Morse Code, Pameran Radio Amatur, Komunikasi VHF, Komunikasi HF dan Kod Fonetik. Krew kami tiba pada 23hb bagi persiapan aktiviti dan kemudian acara berlangsung pada 24hb. Manakala 25hb adalah aktiviti perkhemahan dan penutupan program. Dalam anggaran 900 orang pelajar sekolah rendah dari seluruh negari Johor terlibat dalam aktiviti ini. Saya lihat dalam 5 pelajar pada setiap sekolah yang hadir bersama 1-2 orang guru pengiring. Kali ini saya terlibat bagi petugas aktiviti Morse Code. Bagi sesi mendatang, saya bercadang untuk mewujudkan aktiviti kod Morse menggunakan lampu disamping demonstrasi kod morse melalui gelombang radio amatur. Tahniah kepada penganjur dan semua rakan-rakan yang terlibat. Ini antara program pengakap yang terbaik saya lihat dari penyusunan aktivitinya. Salam Pengakap!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.