My Slide Pages

21 Apr 2013

My Top 5 Ham Radio Blog in Malaysia


Ini sekadar pandangan saya dan pemerhatian saya sahaja .. mungkin ada blog-blog lain yang saya terlepas pandang.. jika ada anda boleh infokan diruang komentar. Saya dapat idea tulis artikel ini selepas melihat terdapat hobi-hobi yang ada menyenaraikan blog-blog terbaik pada pandangan mereka.


Blog-blog ini saya pilih kerana menyampaikan maklumat-maklumat terbaik berkaitan dengan amatur radio dan aktif menulis. Teruskan berkarya tuan. Terdapat juga beberapa blog yang mempunyai informasi yang baik tapi sudah kurang aktif. Anda boleh rujuk (klik disini) untuk mendapatkan maklumat etika penulisan blog. Saya sendiri lebih gemar menulis berdasarkan pengalaman saya. Bagi saya untuk memberikan sesuatu kepada seseorang ada baik nya kita mempunyainya dan mengalaminya dahulu. Terdapat juga blog-blog amatur yang memberikan info-info yang umum. Tapi ada baiknya blog itu biarlah berkisar mengenai radio amatur dan apa sahaja yang berkait dengannya. Kalau kita buat blog hobi mengumpul duit lama tapi menulis pasal hobi memancing nampaknya macam tak kena gaya hehe sekadar berkongsi.. :) 

11 Apr 2013

List of DXCC award holder in Malaysia


Sumber diperolehi daripada website ARRL => http://www.arrl.org/dxcc-standings untuk pembakar semangat saya dan rakan-rakan lain yang ingin mencuba.

Kategori Mixed:
1. 9M2MT
2. 9M2ADX
3. 9M2CQC
4. 9M2CNC
5. 9M6YBG

Kategori Phone:
1. 9M2HB
2. 9M2ESM
3. 9M6YBG
4. 9M6CT
5. 9M6DXX

Kategori CW:
1. 9M2VZ
2. 9M2MRS
3. 9M2JI
4. 9M2ADX
5. 9M2MT
6. 9M2MC
7. 9M2JJ
8. 9M2ZAK
9. 9M6YBG

Kategori RTTY:
1.9M6YBG

Kategori 160m:
1. 9M2AX

Kategori 80m:
1. 9M6YBG

Kategori 40m:
1. 9M6YBG

Kategori 20m:
1. 9M2MC
2. 9M6YBG

Kategori 15m:
1. 9M6YBG

Kategori 10m:
1. 9M2ESM
2. 9W2WWW
3. 9M6YBG

Kategori Challenge:
1. 9M6YBG

Malaysia tiada sebarang wakil bagi kategori 6m, 2m,mode Satelit dan DXCC Honor Roll. Sebenarnya ramai yang dah melepasi 100 DXCC tapi mungkin kekurangan kad atau kos permohohan yang terlalu tinggi. Dikhabarkan Pak Eshee juga pemegang DXCC tapi nama beliau tiada direkodkan, mungkin kita boleh maklumkan pada ARRL jika ada salinannya. Berdasarkan rekod diatas, Go 9M6YBG antara yang terbaik di Malaysia. Tahniah buat beliau. Saya teringat pesanan seorang otai 'Jangan terlalu fokus di 10m, band-band lain tak kurang hebat cabarannya'.

10 Apr 2013

Hot weather and 10m band propagation

Panas ... memang panas ... semalam ada rakan dari Gelang Patah 9W2YBO rakan sepengajian bagitau cuaca memang panas .. bukan siang hari bahkan malam hari hehehe.. Cuaca di Muar pun panas juga. Apek kedai motor tempat saya repair motor minggu lepas pun mengeluh terpaksa pasang air cond kat rumah. Kebetulan semalam 10m band juga membuka, dilaporkan Amzari 9W2GEO dapat menghubugi NA (USA) pada waktu malam melalui Europe. Memang suatu yang hebat! Jarang sekali berlaku.

Adakah setiap kali cuaca panas 10m akan membuka? Jawapannya tidak. Ianya secara kebetulan. Para saintis matahari masih lagi mengkaji perkaitannya. Pelbagai faktor perlu diambil kira apabila mengaitkan keadaan propagasi membuka terhadap sunspot, solar flux, A index dan K index yang didapati daripada matahari. Jika propagasi ini membuka ianya mungkin hanya berlaku setempat. Jumlah sunspot juga bergantung kepada tempoh lama ianya berlaku dan koordinat nya daripada matahari. Beberapa persoalan juga perlu dijawab dalam memperihal keadaan matahari seperti pergerakkannya dan putarannya. Para saintis masih mencari jawapan yang tepat. Pernah juga saya mengalami di mana sewaktu ralaman propagasi HF membuka, radio HF 10m saya hanya mendengar bunyi noise yang amat tinggi sepanjang hari. Adakah ianya propagasi setempat. Propagasi yang dimaksudkan dikalangan ham tempatan ialah sky wave propagation atau propagation jarak jauh. Ianya menggunakan lapisan ionosfera sebagai pembias semulajadi. Walaupun data dari matahari diperolehi ... bentuk keadaan layer ini juga perlu dilihat perkaitannya. Terdapat web iaitu IPS dari Australia (lihat ini) yang mewujudkan peta keadaaan ionosfera ini.

Sumber dari tok pawang angin HF. http://rigreference.com/solar

Apepun kredit diberikan kepada saintis-saintis luar.. mana saintis tempatan ya. Malaysia harus ke depan dalam bidang ini. Memang diketahui Angkasa UKM dan Jabatan Fizik UM berada pada landasan ini. Ahli ham radio pun boleh terlihat sama .. boleh ker? boleh ... kebanyakkan saintis yang mengkaji matahari ini dipanggil ahli radio astronomi. Yaa mungkin akan datang saya akan ceritakan mengenai radio astronomi ini. Secara sejarah, manusia terawal yang mempelopori kajian radio astronomi ini ialah seorang operator radio amatur. Nama beliau ialah Grote Reber W9GFZ (SK) dari Chicago. Beliau menjumpai bunyi yang yang unik di galaksi apabila menghala antena parabolik beliau ke angkasa pada 1938. Baca kisah beliau di sini dan di sini. Antena beliau kini diletakkan di muzium (NRAO) sebagai bahan bersejarah. Mungkin ada pengajaran yang boleh diambil pada kisah ini.

Apapun cuaca panas memang panas hehe lihat sahaja maklumat yang saya perolehi pada setiap lokasi dibawah:


Dilaporkan cuasa di sesetangah lokasi di Filipina mencecah 38 celcius.

Cuaca panas di Pulau Pinang dilaporkan oleh bernama mencerah 35 celcius pada 1 April lepas.


Cuaca di Bangkok pada hari ni 10 April ialah 37 celcius walaupun mendung? Sumber : http://www.accuweather.com/

Cuaca panas di beberapa daerah besar di Indonesia walaupun hujan lebat di sesetangah tempat?

Cuaca di Mekah hari ini jam 6.25 pm waktu Malaysia.

Apa yang perlu dilakukan? Seperti biasa, cuma kurangkan aktiviti luar ketika cuaca panas, minum air banyak dan berehat bersama keluarga di rumah. Bagi kaki DX 10m, buka radio and let rumble the band hehehe.. Semoga enjoy dengan hobi ini.

1st in Action 9M4SG - CQ WPX SSB 2013

Pada 30 Mac 2013, telah berlangsung CQ WPX SSB 2013 di mana rasa rasakan paling ramai stesen dari Malaysia yang melibatkan diri dalam pertandingan radio contest ini. Anda boleh baca ulasan dari blog Zaki 9M2ZAK (klik sini) dan Bang Lehan 9W2SBD (klik sini). Kemeriahannya memang diluar jangkaan.

Kenapa 9M4SG? sudah pasti callsign yang ringkas membolehkan kami bersaing lebih sihat dengan stesen-stesen DX diluar sana dengan callsign yang jauh lebih ringkas seperti B1P, B1C, YE3J, DZ1B, 4H1T, LZ9W, 9Y9K dan banyak lagi. Pernah dahulu saya berjaya hubungi dengan callsign hanya A5 dari Bhutan. Ya! hanya dua abjad je A5, dan saya ada Qsl kad beliau. Lucu pun ada sebab pada mulanya saya kompius kenapa pendek sangat.. ker salah pendengaran.. kat qrz.com memang tak ada. Sampai ada stesen Australia yang tegur 'please add anather more alphabet' hehehe. Tapi itulah yang berlaku. Yang penting Prefix melambangkan DXCC. Callsign-callsign khas ini hanyalah digunakan pada special event dan permohonannya tidak lah mudah seperti permohonan biasa. 9M4SG sememangnya dipilih kerana abjad '4S' merujuk kepada special event callsign dan ianya juga merupakan prefix unik untuk pemburu-pemburu multiplier dalam CQWPX. WPX ialah merujuk kepada World Prefix maka tidak hairanlah kita akan jumpa prefix aneh-aneh dalam contest berkenaan. Sememangnya wujud prefix unik ini kerana ianya di'reserve bagi sesetengah negara (DXCC). Abjad 'G' tidaklah memberi makna apepun sekadar memudahkan pengucapannya sewaktu dalam contest seperti callsign 9M2SM dan 9M4CC.

Kesah A5 .. jumpa bila search di DXsummit

Kami mula merancang beberapa bulan yang lalu sebelum berkumpul pada hari jumaat 29 Mac. Dengan menggunakan 3 antenna yagi untuk 10m, 15m dan 20m dan antena wire untuk 80m dan 40m dengan tambahan antena delta-loop 10m pada saat-saat akhir. Alhamdulillah kami berjaya setup kesemuanya sehingga tengah malam. Terima kasih atas kehadiran rakan-rakan dari Johor Bahru yang juga tiba pada hari Jumaat untuk berkampung selama sehari iaitu 9M2BAL, 9M2UST dan 9W2HWR. Kami memilih kategori Multi-Operator Multi-Transmitter agar semua ahli dapat beroperasi pada setiap band dan mengelakkan sebarang pertembungan kategori bagi rakan-rakan dari Malaysia yang menyertai contest ini. Walaupun ianya pengalaman pertama kami, segala kekurangan akan kami pelajari untuk event-event seterusnya insha-allah.

Lokasi event kami ialah terletak di Homestay Parit Penghulu Merlimau Melaka yang berhampiran dengan sempadan Muar. Lokasi ini kami pilih kerana mempunyai ruang bagi pemasangan antena, kemudahan logistik serta kos penginapan mampu bayar (hehe). Kami juga secara tidak langsung mempromosikan produk pelancongan Melaka. Semasa kami menjalankan aktiviti ini, terdapat pelajar-pelajar Hong Kong yang sedang berkampung dalam Homestay ini. 

Contest yang berakhir pada 1 April ini disertai oleh saya (9M2ESM), 9M2AUR, 9M2YOT, 9M2MHG, 9M2TRD, 9W2FNN, 9W2EJT, 9W2GSG, 9W2FNN, 9W2BHB dan 9W2JUM. Walaupun mata pungutan markah kami tidak besar seperti rakan-rakan lain, ianya pengalaman berharga buat kami di mana kami dapat mempelajari cara contest, pengalaman setup, pengendalian HF dan pelbagai lagi. Tq buat chef 9W2FNN - Masakan terbaik. Terima kasih tak terhingga kepada penyumbang-penyumbang yang sudi membantu aktiviti kami seperti 9M2YRS, 9M2AIS, 9M2SGN, 9M2AVB, 9W2TET, 9W2DXL, dan ramai lagi. Saya doakan kalian semua di'kaya'kan rezeki dengan rezeki yang banyak. Tq juga kepada pengunjung-pengunjung yang datang menjengok kami seperti 9M2NAM, 9W2JAR dan beberapa lagi rakan lain. Ulasan seterusnya insha-allah akan dimuatkan pada blog khas Melaka DX Team. Sekian dan mohon maaf jika ada kekurangan dari saya.


Gambar lokasi event. Sumber 9M2BAL

Gambar 9M4SG operated by 9M2YOT

Gambar operator-operator 9M4SG

Gambar 9M4SG operated by 9W2GSG

Gambar baju event kami