My Slide Pages

9 Jun 2012

Qso With Ex-Cosmonaut U4MIR

Semalam terdetik untuk melihat siapakah pemilik callsign U4MIR yang agak unik ini di qrz.com dan beliau merupakan bekas angkasawan USSR. Dalam rekod sudah dua kali dapat berkerja dengan beliau dan semalam sempat mengesahkankan akan pekerjaan beliau dan kami sempat menguji keupayaan antena HF di 17m band. Beliau di antara cosmonaut tunggal yang aktif di frekuensi radio amatur. Nama beliau ialah Aleksandr Aleksandrovich Volkov seorang cosmonaut bekas kerajaan soviet. Callsign U4MIR merupakaan callsign khas diperuntukkan kepada beliau dan hampir kebanyakan cosmonaut yang pernah menggunakan stesen MIR mempunyai suffix berkenaan. Prefex R0-R9/U0-U9 juga lebih senonim dengan pemilik lama bagi veteren perang WWII.

Gambar Kad Qsl beliau di QRZ.com

Gambar kad qsl beliau bagi mereka yang berkerja dengan beliau di stesen MIR.

Gambar beliau untuk kuliah syarahan di Manchester University jemputan The Heaton park Astronomy Group.

Gambar U4MIR bersama krew Soyuz T-14 menjalani latihan. Gambar di ambil di Gagarin Cosmonaut Training Centre, Star City, Russia, 1st September 1985

Semasa U4MIR berada di orbit bersama Sergei K. Krikalev di dalam MIR pada 1991, berlaku kejatuhan soveit dan mereka berdua merupakaan rakyat terakhir USSR yang kembali ke bumi sebagai warganegara Russia. Sepanjang perjalanan hidup beliau, beliau dianugerahkan 10 award dari kerajaan Russia mahupun dari luar termasuk Order of Lenin. Anak beliau Sergei Volkov juga merupakan cosmonaut Russia mengikut jejak ayahnya.

Sumber :
1. http://www.qrz.com/db/u4mir
2. http://ut7ut.org.ua/index.php/russian-call-signs/
3. http://en.wikipedia.org/
4. http://www.w5rrr.org/astros.html
5. http://www.flickr.com/photos/52018942@N05/6497576139/
6. http://www.sciencephoto.com/media/406156/enlarge

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.