25 Jun 2012

My SWL Eqsl Cards Collection

Berikut adalah sebahagian daripada SWL card yang diperolehi dari eqsl.cc iaitu salah satu web bagi menghasilkan electronic qsl card. Paling jauh yang diterima ialah dari California dan paling hampir diperolehi daripada Thailand. Terdapat beberapa negara yang mempunyai ahli swl yang berdaftar. Saya tak pasti adakah ianya masih wujud di Malaysia ? Setahu saya dahulu Malaysia punyai callsign SWL. Lihat http://advanced-skynet.blogspot.com/p/kenangan-masa-lalu-newsletter-1981-hari.html.

Band 17m juga merupakan band pilihan daripada SWL seluruh dunia. Radio yang digunakan ialah Icom R-75.

Icom R-75 yang mempunyai panel hadapan hampir serupa dengan Icom 718. Nak beli ? http://www.universal-radio.com/catalog/commrxvr/0175.html

Stesen SWL daripada Ukraine ini bukan sahaja ada callsign SWL tetapi berdaftar di qrz.com lihat http://www.qrz.com/db/ur1004swl

Stesen SWL daripada Russia.

Stesen SWL dari Venezuela. Beliau ada blog untuk dilawati dan beliau menggunakan radio KA1103 yang memang sempoi. Telescopic antena je.

Radio receiver KA1103 yang memang kecil dan sempoi. Sumber : http://www.universal-radio.com/catalog/portable/0028.html

Stesen SWL dari Russia yang monitor di 10m band.

Stesen SWL dari Lithuania yang mendengar qso bersama rare DXCC stesen di kepulauan Rodriguez DXCC #207 sewaktu menggunakan callsign lama

Stesen SWL dari Thailand.

Stesen SWL dari France.

Stesen SWL dari Germany yang mempunyai kelengkapan radio yang hebat FT2000 dengan TH5 Hygain Yagi. Hebat!

Stesen SWL dari Israel juga boleh diperolehi daripada hobi ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.