My Slide Pages

11 Okt 2012

ARRL Diamond DXCC Challenge Award

Menarik! itu yang boleh saya katakan. Ianya muncul untuk ke 75 tahun selepas draf pertama senarai DXCC dikeluarkan pada tahun 1937 oleh majalah QST Januari 1937 (muka surat 52-53). Ianya dibuka untuk tahun 2012. Menarik untuk melihat sejarah pada ketika 1937 dimana Malaysia dibahagikan kepada beberapa entiti yang berlainan seperti VS1, VS2, VS3, VS5 etc. DXCC pada ketika itu hanyalah 231 berbanding sekarang 341. Bayangkan jika anda di Pulau Pinang, tahukah anda callsign lama disitu adalah VS1 iaitu untuk Straits Settlements. Jika anda mengenali 9M2FX yang menetap di Muar, callsign lama beliau ialah VS2FX.

Berbalik kepada award yang diperolehi. Ianya mudah, dan editor award ini menggalakkan saya untuk promot agar lebih ramai melibatkan diri untuk mendapatkan sijil ini. Ianya tidak memerlukan QSL kad sebagai pengesahan. Nak tau lebih lanjut boleh open web ARRL dan cuba lihat senarai active station bagi entiti-entiti sukar :)

Inilah port berehat sementara. Tiada istilah rehat sebenarnya hehe. Radio tersadai memerlukan strategi memandangkan pemasangan antena adalah polisi yang dilarang. Jumpa lagi 73

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.