My Slide Pages

11 Okt 2012

Worked all VK Call Areas - HF 10m SSB


Bulan ni walaupun saya terpaksa mengurangkan aktiviti dalam hobi DX, saya menerima beberapa award yang ditunggu disamping sejumlah poskad dari rakan-rakan DX. Kos award WA-VK-CA-HF ni memang agak mahal. Kos pos di Australia agak tinggi sedikit tetapi kualiti memang terbaik. Nampaknya saya telah jumpa hobi baru yang nature-nya hampir sama dengan radio amatur. Best juga .. layannn..

Mengenai award dari VK nih, memang dah lama mengidamkannya sejak menggunakan 9W lagi. Antara cabaran dalam mendapatkannya ialah berhubung dengan stesen dari kawasan VK0. Kadang-kadang agak seronok juga bila dapat berhubung dengan stesen dari prefix VK1 dan VK7 kerana agak sukar juga untuk berhubung di mana-mana band termasuk di 10m. VK9 pula sebenarnya mudah tinggal kawasan berkenaan kurang pengiat radio amatur dan kebanyakkan stesen yang aktif DX adalah daripada stesen luar. Apepun terbaik!

Terbagussss! tahniah juga kepada ahli dalam my10mg yang kini melahirkan ramai DX'er di 10m

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.