Pada 7hb Feb 2015 hingga 9hb Feb 2015 yang lalu, kami iaitu dari kumpulan Melaka DX Club dan KL DX Team telah berjaya menjalankan aktiviti Mini Iota-dxpedition bagi AS-074 di Pulau Indah Selangor. Iota AS-074 sebenarnya nombor khas yang diberikan oleh RSGB iota bagi meliputi pulau-pulau yang terdapat pada perairan Selangor dan Negeri Sembilan. Kumpulan kami merupakan kumpulan anak tempatan kedua yang berjaya mengaktifkan nombor iota ini selain kumpulan 9M2SE pada tahun 2013.
Berikut adalah senarai callsign yang berjaya mengaktifkan AS-074 sepanjang pengwujudan sistem iota ini dimana kebanyakkan diaktifkan oleh bukan pemastautin tetap dari Malaysia. Apepun terima kasih tak terhingga kepada mereka, kini giliran kita anak Malaysia pula.
Perancangan bagi program ini berlaku amat singkat iaitu kurang dari sebulan. Setelah saya melawat kawasan iaitu Anglers Resort, Pulau Indah pada penghujung bulan Januari, saya merasakan tempat ini boleh dianggap sesuai bagi aktiviti yang dirancang terutama kos penginapan yang berpatutan dan mempunyai kawasan yang lapang bagi mendirikan antena. Anglers resort sebenarnya merupakan tempat yang agak popular oleh penduduk tempatan bagi aktiviti memancing. Kami agak terkejut dengan kehadiran pengunjung yang cukup ramai pada hujung minggu walaupun jalan utama untuk memasuki kawasan ini bertanah merah hampir sejauh 1km perjalanan.
Seperti dirancang, kami semua tiba dan berkumpul di Pulau Indah jam 11.00 pagi pada 7hb Feb 2015. Tanpa membuang masa, semua peralatan dikeluarkan dari kereta dan kami terus memasang antena. Dua antena utama berjaya dipasang sepenuhnya pada jam 3.00 petang iaitu antena yagi HB9CV tribander 10m/15m/20m dan antena dualband yagi homebrew 12m/17m. Ketinggian antena ialah 20 kaki. Ianya diikuti dengan antena dipole G5RV untuk kegunaan 40m band. Dua stesen didirikan iaitu stesen A bagi pengunaan 12m/17m/40m dan stesen B bagi penggunaan band 10m/15m/20m. Kedua-dua stesen ini mengunakan radio kenwood TS2000 dengan kuasa maksimum 100 watt dan dibantu dengan Heil Pro set.
Operator utama dalam expidisi ini ialah Kayrol 9M2OOO, Nazmi 9M2MDX, Aimil 9M2AUR, Sam 9M2ESM, Yot 9M2YOT, Wan 9W2VVN, Fido 9W2FDO, Zul 9W2MWZ dan dibantu oleh Rosli 9M2RHQ, Fendi 9W2FNN, Bujat 9M2AIS, Hasya 9M2HSY, Shak 9W2YND, Fazzik 9W2FZK, Nasir 9W2NSV dalam hal-hal teknikal dan memberi sokongan dan juga CQ. Tidak lupa juga penyumbang utama untuk program ini iaitu Pak Yop 9M2YRS, Hasya 9W2HSY, Azlan 9M2AGC, Salehan 9W2SBD dan Ikmal 9W2EDU serta persatuan Malaysian Amateur Radio Transmitters Society atau MARTS dan Tony EC7ZK dalam merekabentuk logo dxpedition ini. Kami juga ingin mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan radio amatur yang hadir memberi sokongan moral seperti Rahmat 9M2RMT, Prof Noh 9W2MNW, Pang 9W2VXP dan Nick 9M2CCC dan beberapa orang 9W2 rakan kepada 9W2FDO yang hadir pada malam hari.
Sebaik sahaja generator dihidupkan pasukan operator utama kami terus memulakan cq. Keseluruhan, sebanyak 755 contact berjaya dikumpul. Sebanyak 63.4% disumbangkan dalam mode SSB dan 36.6% dari mode CW. Tahniah kepada team CW iaitu 9M2MDX dan 9M2AUR. Sebanyak 54 DXCC berjaya dikumpulkan. Tidak banyak rare DXCC yang kami perolehi cuma berjaya berkomunikasi dengan H44MS Solomon Islands di 12m dan 3B8CW Mauritius Islands di 17m. Panggilan kami juga dijawab oleh Pak Hj Rashid 9M2RS iaitu senior ham kami di 20m. Secara puratanya, jumlah contact yang kami perolehi adalah agak seimbang jumlahnya pada setiap band.
Cuaca di pulau Indah cukup panas sepanjang 3 hari 2 malam disana tidak mematahkan semangat dan misi kami untuk mengumpul sebanyak mungkin jumlah komunikasi. Hampir setiap malam, petang dan pagi, propagasi hf band tidak begitu memuaskan. Apa yang menarik ialah 12m berjaya kami tembusi ke eropah pada waktu malam dan 40m berjaya kami tembusi ke eropah pada awal pagi. Ada kemungkinan ketinggian antena kami kurang mencukupi ditambah kuasa penghantaran yang terhad antara faktor penghalang bagi kami untuk menembusi propagasi HF terutama di kawasan amerika utara dan selatan.
Pulau Indah sememangnya indah dengan alam semula jadi. Kami sempat menikmati air kelapa yang terdapat berdekatan dengan chalet kami. Pada sebelah malam setaip hari, kami dijamu dengan kambing bakar dengan bantuan Pak Rosli 9M2RHQ. Pada waktu-waktu band tidak berapa menjadi, kami berehat dan berkongsi pengalaman dan idea. Kami mula berkemas dari pulau Indah jam 9.30 pagi pada 9hb Feb 2015. Banyak pengalaman yang saya dan rakan-rakan pelajari sepanjang di pulau indah dan akan perbaiki kelemahan yang ada pada masa mendatang. Terima kasih juga kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia atas kelulusan callsign yang diberikan. Kita jumpa lagi pada iota lain yang mendatang. Sekian, 73.
9W2FDO sedang memasang antena yagi dualband 17m/12m.
9M2AUR sedang cq cw diperhatikan 9W2FNN.
Antena HB9CV 10m/15m/20m.
Antena yagi dualbander 12m/17m
Gambar banner dan senarai sponser kami.
Team CW iaitu 9M2MDX dan 9M2AUR
Gambar dari kiri - 9M2MDX, 9M2AUR dan 9M2OOO
9W2VVN dan 9M2OOO sedang pile-up 10m.
Team 9M4SI sedang sarapan pagi.
Gambar lokasi penjalan ke pintu masuk anglers resort.
9W2VVN memasang rotator untuk antena.
Gambar 9M2YOT dan 9M2OOO.
Team Phone (dalam gambar)- 9W2VVN, 9W2FDO, 9W2NSV dan 9M2AIS
Gambar pandangan dapur masak kami
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.