My Slide Pages

10 Mac 2015

My DIG Number is #6364



Pada awal tahun 2015 yang lalu, saya telah berjaya memperolehi keahlian bagi Diplom Interessen Gruppe iaitu salah satu kumpulan peminat hobi radio amatur yang berpusat di negara Jerman dan mempunyai ramai ahli dari seluruh dunia.

Saya mula mengetahui kewujudan kumpulan ini setelah meneliti hampir kebanyakkan qsl kad yang saya terima mempunyai cetakkan keahlian ini. Dengan membuat penelitian dan pembacaan di laman web, untuk menjadi keahlian DIG ini adalah cukup sukar di mana ianya memerlukan sebanyak 25 radio amatur award skala international di mana tiga daripadanya perlulah melalui DIG award program. Pada awal pembabitan saya dalam dunia DX, saya rasanya ialah amat mustahil dan saya agak terkejut terdapat rakyat Malaysia telahpun melepasi syarat berkenaan dan memperolehi keahlian DIG iaitu :

1. Pak Eshee 9M2FK DIG #0935 - Members since 18 Oct 1973
2. Richard Smeets 9M2MRS DIG #1350 - Members since 13 Aug 1975

Richard Smeets juga mempunyai callsign yang lain iaitu DA1IE dan PA0RRS. Selain daripada itu, diketahui juga Hans 9M2QQ juga mempunyai keahlian DIG dibawah callsign DF5UG iaitu DIG #3915 (since 26 Sept 1986) dan rakan saya dari Medan iaitu Pak Rizal YB6PUP juga mempunyai keahlian DIG iaitu #5570 (since 17 Sept 1997).

Ianya satu kepuasan peribadi saya dalam perjalanan hobi ini dalam memperolehi keahlian DIG. Banyak aktiviti yang mereka jalankan dan kumpulan ini merupakan salah satu kumpulan peminat DX yang cukup aktif. Untuk menjadi ahli sejumlah wang juga perlu disediakan. Syukur kini semua urusan kita boleh lakukan secara online. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang DIG bolehlah ke laman sawang berkenaan iaitu http://diplom-interessen-gruppe.info/. Sekian dahulu, 73.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.