31 Okt 2015

2015 National Field Day : Muar Station 9M52JM

Pada 19hb September 2015 yang lalu, rakan-rakan radio amatur dari daerah Muar (+ Ledang) telah berjaya melaksanakan aktiviti Field Day dengan usahasama Bulan Sabit Merah Malaysia Cabang Muar dibawah Unit Komunikasi bersama dengan Mualed (Muar Ledang Amateur Radio Group) di bawah penganjuran MARL iaitu Malaysia Amateur Radio League.


Callsign : 9M52MM
Stesen Master : 9M2ESM
Stesen Manager : 9W2VWC dan 9W2JMW
Lokasi : Taman Rekreasi Tanjung Emas, Muar, Johor

Menyingkap kembali pada era tahun 80an, Arwah Dato Tan 9M2DW beberapa kali telah menjalankan aktiviti Field Day ini dibantu oleh 9M2DA dan 9M2WJ yang mana pada ketika itu masih lagi SWL. Kini giliran kami menyambung batu asas yang telah dibina. Saya percaya keseluruhan ham yang ada di Muar jika dicari salur galur guru kepada guru-guru radio amatur, maka akan bertemu puncanya dari 9M2DW. Callsign melalui prefix 9M52 ini merupakan callsign khas sempena menyambut sambutan Hari Malaysia ke 52 dan callsign penuh yang diberikan ialah 9M52JM. Matlamat aktiviti yang kami jalankan ialah, 
  1. Memasang set peralatan HF dan VHF melalui sistem janaan generator dan bateri.
  2. Mempelajari cara komunikasi di HF terutama di 40m.
  3. Menjalankan acara komunikasi 2m net di 9M4RMR
  4. Menguji set peralatan komunikasi BSMM-CM Unit Komunikasi.
  5. Berkumpul dan berkongsi ilmu berkaitan dengan radio amatur sesama peminat radio amatur.
Secara keseluruhan program yang dirancang telah mencapai matlamat iaitu bermula dari jam 3.00 petang dan tamat pada 1.00 pagi. Ucapan tahniah dan terima kasih kepada BBSM-CM kerana memberikan sokongan padu kepada program ini terutama kepada Dato Hj Muhammad (Pengerusi BBSM-CM) atas kehadiran, wakil Mualed iaitu saudara Ijan 9W2BYX (juga merangkap pengurus JASRA daerah Muar), pihak MARL diwakili 9W2JOH atas pemberian callsign, Pak Kamal 9M2FX dan seluruh rakan2 ham dari Muar/Ledang yang hadir juga kepada sahabat dari kawasan berjiranan yang turut hadir dan rakan-rakan SWL.

Berikut ada senarai rakan ham yang hadir: 9M2FX, 9M2ESM, 9W2VWC, 9W2JMW, 9W2IYN, 9W2ZWC, 9W2EYR, 9W2TJY, 9W6ACT, 9W2LMC, 9W2BGY, 9W2FYX, 9W2BYX, 9W2POB, 9W2WXX, 9W2HJL, 9W2KHH, 9W2JJX dan 9W2PEF. Termasuk tetamu-tetamu kita yang hadir memeriahkan program iaitu 9W2EJT, 9W2ZEF, 9W2VPZ, 9W2USM, 9W2ESU 9W2MHW dan 9W2JCG.

Rajah diatas adalah senarai stesen Field Day yang turut serta dalam aktiviti ini yang berjalan secara serentak di seluruh negara.


Pemasangan antena HF dan VHF

Pemasangan peralatan radio amatur.

9M2FX tandatangan borang callsign untuk rakan yang baru lulus.

Kunjungan rakan-rakan Selangor (asal Muar).

9W2FXY mengoperasikan HF.

Kehadiran 9W2EJT dilokasi.

9W2VWC membuat sesi penerangan pada orang awam.

9W2VWC membuat penerangan peralatan radio amatur pada orang awam.


**Gambar ihsan dari Saudara Raja Muhammad Syafiq (SWL) dari BBSM-CM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.