My Slide Pages

13 Nov 2018

Notable Radio Hams in Malaysia


9M2TBM
YAM Tengku Baharuddin Ibni Sultan Mahmud Al-Muktafi Billah Shah
Beliau merupakan anakanda kepada Sultan Terengganu yang Ke-17 iaitu Sultan Mahmud Ibni Sultan Ismail Nasiruddin Shah. Beliau merupakan bekas President Malaysian Amateur Radio League (MARL) dan kini berada dalam kepimpinan Lembaga Penasihat MARL atau MARL Advisory Council.

9W2MUS
Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie
Beliau merupakan angkasawan Malaysia yang pertama ke angkasa lepas. Beliau berlepas ke angkasa pada 10 Oktober 2007 dengan menaiki Soyuz TMA-11. Walaupun tidak semua, majoriti angkasawan di dunia memiliki callsign radio amatur. Komunikasi radio amatur tidak terbatas jaraknya walaupun di angkasa lepas. Dikatakan Mejar Dr Faiz juga mempunyai callsign iaitu 9W2FIZ tetapi tidak dapat disahkan.

9W2HRK
Mohd Rizman Bin Mohd Khuzaimi.
Beliau juga dikenali sebagai Riezman Khuzaimi merupakan seorang pelakon, pengarah, penerbit TV di Malaysia. Selain menjadi pelakon kepada puluhan drama, beliau juga pernah menjadi pelakon bagi filem Scarline Cruisers (Hong Kong), KL Universiti (KLU), Impian, Adventure 96, Tragedi Oktober, Baik Punya Cilok, Waris Jari Hantu, Sepi dan Congkak.

9W2DBT
Dato' Bahari Bin Hj. Taib
Beliau merupakan President ASTRA iaitu Persatuan Radio Amatur Melayu Semenanjung Malaysia. Beliau juga bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Perlis selama 3 penggal sejak tahun 1986 hingga 1999.

9M2ASA
Dato’ Dr. Ahmad Sabirin Arshad
Beliau merupakan CEO kepada Astronautic Technology dan individu penting disebalik kejayaan projek microsatellite pertama Malaysia.


9M2MAZ
Dato' Dr Mazlan binti Othman
Beliau merupakan ahli astrofizik yang pertama di Malaysia dan pernah dilantik sebanyak dua kali sebagai Ketua Pejabat Hal Ehwal Angkasa Lepas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNOOSA). Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Bahagian Sains Angkasa (BAKSA) Malaysia dan pernah dinobat sebagai Tokoh Melayu Terbilang pada tahun 2011.

9W6NN
Datu Badaruddin Tun Datu Mustapha
Beliau merupakan Pengerusi Penaja kepada penubuhan semula Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang muncul pada PRU13 di Sabah. Beliau merupakan anak kepada Tun Mustapha Datu Harun iaitu Yang di-Pertua Negeri Sabah yang pertama.


VS3AE/9M2JB
H. H. Tunku Temenggong Ahmad Ibni Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur
Beliau merupakan anakanda kepada Sultan Johore yang ke-22. Beliau juga merupakan tokoh awal yang memiliki callsign di Tanah Melayu.


9W2PMB
Dato' Sri Hj Adnan Bin Hj Yaakob
Beliau merupakan bekas Menteri Besar Pahang dan merupakan menteri besar paling lama berkhidmat bagi negeri Pahang dari 1999 hingga 2018.


9W6LA
Datuk Seri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili
Beliau merupakan ahli politik dari Parti Bersatu Sabah (PBS) yang pernah menyandang beberapa jawatan penting kerajaan sebagai Menteri di Kerajaan Persekutuan mahupun di Kerajaaan Negeri Sabah. Jawatan terakhir beliau ialah sebagai Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (2013-2018).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.