My Slide Pages

12 Mac 2012

CQ Aurora

Pada 9 Mac yang lalu, hampir kebanyakkan report daripada cluster di 6m band melaporkan tentang cq aurora. Hampir kebanyakkan negara yang berhampiran dengan hemisfera utara seperti di Scotland, Sweden, Norway dan beberapa negara lagi boleh dihubungi menggunakan frekuensi 50MHz.

Aktiviti radio amatur pada band 6m yang rancak di web cluster terutama bagi stesen di negara Eropah.

Gambar aurora dari video cam still diambil pada 9 Mac.

Aurora sebenarnya adalah merujuk kepada suatu paparan cahaya semulajadi di permukaan langit yang terletak dikawasan berlatitud tinggi (Artik & Antartika) yang disebabkan oleh pergeseran zarah-zarah tenaga yang berubah bersama atom-atom dalam atmosfera berlatitud tinggi (termosfera). Perubahan ini berasal dari kesan magnetosfera dan ribut solar ke atas bumi. Ianya amat jarang sekali berlalu. Ramai yang menjangkakan kesan buruk yang bakal mengancam sistem GPS dan komunikasi satelit serta power grid walhal tidak banyak yang melihat keindahan dan keunikan ciptaan tuhan. Subhanallah. Ada yang bertanya, adakah aurora ini boleh dilihat di Malaysia? sudah tentu tidak jawapanya.

Video di atas diambil pada 10 Mac yang lalu, dan ditamatkan dengan hasil komunikasi dengan beberapa stesen radio amatur daripada negara Jepun.

6m band merupakan jalur frekuensi sebahagian daripada spektrum radio VHF yang diperuntukkan untuk kegunaan radio amatur. Walaupun ianya terletak pada penghujung bawah band VHF, ianya menunjukkan kadang-kadang terdapat suatu macam bentuk mekanisma propagasi pada band ini. Secara normalnya ianya berkait rapat dengan nilai sunspot yang tinggi, apabila aktiviti solar meningkat, paras pengionan pada bahagian atmosfera akan meningkat. Semasa pada penghujung kitaran solar 2005, propagasi 6m seluruh dunia telah menyebabkan berlakunya komunikasi yang baik dengan jarak luar jangkaan yang lebih baik dari frekuensi HF. Maka tidak hairanlah banyak stesen radio amatur menggelarkan 6m sebagai Magic Band. Jika saya dapat berhubung dengan stesen dari Sabah contohnya, adakah ianya disebabkan oleh aurora? jawapannya tidak kerana selain aurora perambatan juga boleh berlaku pada keadaan sporadic-E.

Adakah 2012 tahun pengujung bagi kitaran solar? Adakah 6m akan membuka seperti tahun 2005, mari kita sediakan antena dan mengejar stesen dx. :) de 9M2ESM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.