My Slide Pages

22 Mac 2012

DXpedition for 9M0L

Gambar lokasi kepulauan Spratly di http://www.qrz.com/db/9m0l

Agak terkejut dan rasa bangga dengan penganjuran DX-pedition 9M0L DXCC bagi Spratly Island pada 10 hingga 24 April 2012 yang terletak di Pulau Layang-Layang bernombor Iota AS-051. Saya difahamkan majoriti ahli DX-pedition ini terdiri daripada anggota radio amatur dari Jepun dan selebihnya dari Malaysia dan England dengan sokongan dari Marts, MCMC, tentera laut dan syarikat Tokyo Hi-Power.

Gambar hasil edit di http://9m0l.legendchew.com

Disamping itu, Dx-pedition ini turut diberi sokongan dalaman oleh individu berikut iaitu 9M2KT, 9M2LC, 9M2MRS, 9M6YBG, 9M2KE, 9W2AVI, 9W2POW, 9W2SWC, JJ2VLY dan JR1AIB terutama dari segi sumbangan pakaian, laman web, pengurusan log serta peralatan komunikasi. Apepun tahniah atas penganjuran. Semoga apa yang dirancang berjalan dengan sempurna.

Rajah di atas adalah senarai frekuensi yang kemungkinan besar akan digunakan dalam aktiviti DX-pedition. Sumber di http://9m0l.legendchew.com. Bagi rakan-rakan 9W ini peluang anda untuk cuba berhubung dengan stesen berkenaan terutama di 10m dan 6m. Pastikan kuasa pemancaran adalah 50W dan patuhi DX Code of Conduct. Nampaknya frekuensi 2m dan 70cm tidak disenaraikan.

Sumber di wikipedia

Kepulauan Spratly merupakan suatu kumpulan yang terdiri daripada terumbu karang, kepulauan kecil yang terletak di Laut China Selatan berdekatan dengan perairan Malaysia dan Filipina. Terdapat 45 buah pulau-pulau kecil yang dikaitkan dengan tuntutan beberapa negara iaitu dari China, Taiwan, Malaysia, Vietnam, Filipina dan Brunei. Di Malaysia, bagi penggiat radio amatur seluruh dunia, ramai yang menantikan kemunculan 9M0 dicorong frekuansi jalur HF yang mana setelah sekian lama 9M0 hanyalah diperuntukkan untuk DXCC kepulauan Spratly. Rujuk http://www.qsl.net/xe2nat/prefijos.htm. Dengan harapan MCMC hanya membenarkan penggunaan 9M0 dan yang lain digunakan tepat pada lokasinya seperti yang diberikan kepada 9M0L.

Rajah belakang kad qsl 9M0S DX-pedition tahun 1993. Cari dimana 9M2FK? Sumber http://www.dokufunk.org

DX-pedition di kepulauan Spratly yang bakal dilaksanakan ini merupakan Dx-pedition yang ke-24 dalam sejarah. Ianya mula aktif seawal tahun 1965 dengan callsign 1S9WNV. Stesen radio amatur Malaysia yang pertama menjejakkan kaki kepulauan Spratly bagi menjalankan DX-pedition ialah Pak Eshee 9M2FK pada tahun 1993 dengan callsign 9M0S yang merupakan penggunaan 9M0 yang pertama. Anda boleh lihat sejarahnya dengan click disini. Anda boleh dengan hasil temubual berkaitan dengan 9M0S di http://www.dokufunk.org/upload/9m0s-kwp-29051993.mp3

Tahniah lagi sekali diucapkan kepada semua yang bakal terlibat menjayakannya. de 9M2ESM

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.