My Slide Pages

17 Mac 2012

The Message

Beberapa hari yang lalu, TV2 ada menayangkan sebuah filem dari negara China bertajuk The Message, pada mulanya hari tertarik dengan filem ini yang bercorakkan suasana waktu 30an-40an tetapi selepas mengikutinya selama beberapa minit ternyata .. filem tersebut memang bukan calang filem terutama apabila ianya ada menunjukkan kepentingan bahasa kod morse dalam penyampaian maklumat penting pada era berkenaan. Apabila dilhat di wikipedia, ternyata filem ini pernah menganugerahi beberapa award dari dalam dan luar negara di China termasuk para pelakonnya yang hebat-hebat belaka.


Sedikit sinopsis bagi filem ini. Filem dalam cerita ini berkisarkan zaman pendudukan Jepun di negara China dalam era 40an. Pada waktu ketika itu, seluruh kawasan di negara China telah wujudnya suatu pergerakan bawah tanah yang membunuh semua pegawai-pegawai Jepun terutama tali-barut china yang berkerja sebagai perisik khas kepada tentera Jepun. Hampir setiap hari berlakunya pembunuhan terancang, maka telah datang seorang Jeneral khas dari Jepun yang ditugaskan untuk menyelesaikan kes berkenaan. Beliau telah menangkap seorang pemberontak bawah tanah maka beliau mengetahui terdapatnya ahli pemberontak yang juga bekerja sebagai perisik Jepun. Suatu penghantaran kod morse palsu telah sengaja dihantar kepada pasukan perisikan khas jepun oleh oleh atasan dengan sengaja untuk mengumpan pemberontak. Siapakah dikalangan pasukan perisikan khas yang menyamar? Adakah maklumat palsu itu berjaya dimaklumkan kepada pemberontak? maka tengoklah sendiri :)

Antara watak yang cukup diminati dalam filem ini ialah watak Wu Zhiguo yang dilakonkan oleh Zhang Hanyu. Beliau juga pernah membintangi drama bersiri All Men Are Brothers yang cukup menarik yang pernah ditayangkan di Tv8.

Gambar Zhang Hanyu

Berikut adalah babak terakhir filem berkenaan yang boleh ditonton keseluruhan filem berkenaan melalui youtube.

Saya dimaklumkan oleh kawan-kawan bahawa banyak lagi filem yang ada mengambarkan situasi penggunaan kod morse. Apepun ucapan semoga berjaya kepada semua calon-calon ujian kod morse yang akan berlangsung pada minggu ini. De 9m2esm

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.