My Slide Pages

14 Okt 2018

DRK3212 June 2018 @ PMM


Semester ini merupakan semester yang ke-3 saya diberikan peluang sebagai pengajar kelas DRK3212 Radio Amatur yang merupakan sebahagian daripada subjek kokurikulum di PMM. Terdapat pelbagai subjek kokurikulum yang ditawarkan dan radio amatur merupakan sebahagian daripadanya. Saya ingin mengucapkan tahniah kepada JPPKK kerana mewujudkan subjek ini dan ucapan terima kasih kepada Ketua Jabatan USKK PMM iaitu En. Shariffuddin dan Ketua Program Kokurikulum En. Izzuddin atas sokongan bagi subjek ini kearah kecemerlangan para pelajar. 

Sepanjang semester ini, pelbagai aktiviti yang dijalankan dan para pelajar diberi pengetahuan asas berkaitan dengan radio amatur. Ianya dimulai dengan pengenalan kepada radio amatur dan diakhiri dengan program Fox Hunting serta komunikasi 2-hala radio amatur yang dikendalikan sendiri oleh para pelajar. Majoriti para pelajar pada awalnya tidak mengetahui langsung berkaitan dengan radio amatur dan pelajar-pelajar ini terdiri daripada pelbagai latar belakang jabatan pengajian. 

Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
- Pembentangan pelajar berkaitan radio amatur.
- Kursus asas radio amatur.
- Penggunaan kod phonetik dan kod morse.
- Penghasilan buzzer kod morse.
- Penggunaan handheld radio amatur.
- Kaedah komunikasi dalam radio amatur.
- Penghasilan dan pembentangan kertas kerja cadangan program.
- Program kesedaran Mobile E-Waste.
- Fox hunting dan komunikasi radio amatur di VHF/HF.

Bagi semester ini, penghasilan antena digantikan dengan penghasilan buzzer kod morse yang lebih mudah dan murah. Bagi semester hadapan, saya telah merancang untuk membina antena UHF yang akan digunakan bagi aktiviti Fox Hunting. Para pelajar diberikan pendedahan bagaimana untuk menjadi ahli berlesen radio amatur bagi yang berminat. Bagi pengajar-pengajar yang ada mengajar subjek yang sama, saya mencadangkan agar satu kerjasama program dapat dijalankan disamping berkongsi pengalaman dan pengetahuan.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih pada SKMM Cawangan Melaka atas sumbangan goodies bag bagi program kesedaran Mobile E-Waste dan ucapan yang sama buat Persatuan Radio Amatur Muar iaitu En Den 9M2DA serta rakan-rakan dari BSMM Cabang Muar yang diketui oleh En Saiful 9W2HJL atas bantuan program Fox Hunting dan radio komunikasi.










Sesi bergambar selepas Program Kempen Kesedaran Mobile E-Waste

Sesi bergambar dan jamuan terakhir pelajar senior Kelab Radio Amatur PMM

Kenangan program pertama DRK3212 Sesi Jun 2017

Program Pembuatan Antenna Yagi + Program DRK3212 Sesi Jun 2017

Gambar 9W2SYJ, antara pelajar DRK3212 Sesi Dis 2017 yang juga pemegang One Day FCC Extra.

Gambar pelajar DRK3212 Sesi Dis 2017 sewaktu membantu menempatkan tong e-waste di JKE, PMM.

Jamuan Makan bersama AJK DRK3212 Sesi Jun 2018 di Pizza Hut Merlimau. Dari kanan Din, Yazid, Amirul, saya, Fazle, Zainab, Husna dan Aniza. (Tiada dalam gambar Diana).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.