My Slide Pages

20 Okt 2018

MARS @ 9M4SJM World Jota SMK Seri Mahkota

Tarikh : 20 Oktober 2018
Masa : 7.00 pagi hingga 5.00 petang
Lokasi : SMK Seri Mahkota Melaka
Krew : 9M2DA, 9W2HJL, 9W2DJW, 9W2TXP, 9M2ESM, 9W2DAF, 9W2MKZ, 9W2CWC, 9W2IYN dan 9W2JBU

Terima kasih pada sekolah terutama 9W2VCY Cikgu Azizah atas jemputan bagi membantu menjayakan program World Jota 2018 ini. Seramai 86 orang pelajar dari 4 sekolah berhampiran telah terlibat termasuk sebuah sekolah dari Kesang, Muar. Program juga dibantu oleh pengakap kelana dan guru-guru sekolah dan juga dihadiri oleh pengetua SMK Seri Mahkota. Program yang bermula sejak hari jumaat melaksanakan 3 aktiviti yang berkaitan dengan radio amatur atau komunikasi iaitu Simplex VHF, CQ Jota di HF dan semaphore. Pelajar juga diberikan pendedahan kod phonetik dan taklimat asas radio amatur. 9M2DA sempat mengajar dan berkomunikasi menggunakan echolink dan satelit kepada peserta pengakap. Untuk pertama kali pada tahun ini semasa jota saya menghubungi 4 suffix callsign Malaysia iaitu suatu perkembangan yang menarik. Pada program ini juga, buat pertama kali harmonic saya SWL Irfan 8 tahun mencuba komunikasi di HF dengan berhubung dengan stesen dari Terangganu iaitu 9M4SJT. Salam Pengakap dan jumpa lagi tahun hadapan. 73

Berikut adalah stesen-stesen JOTA dan lain-lain yang berjaya dihubungi iaitu:
- RM0L/P 20m Asiatic Russia
- 9M4SJPB 40m op. 9M2MSO Butterworth Penang
- 9M4CPW 40m op. 9W8JID Pedawan Sarawak
- 9M4SJKY 40m op. 9W2DY Yan Kedah
- 9W2DOU/M 70cm Ayer Keroh
- 9M4PMC 40m op. 9W2WPZ Kulai Johor
- 9M4CSR 40m op. 9M8DAN Kuching Sarawak
- 9M4SJT 40m op. 9W2OPB K. Terengganu
- 4S0ASA Satellite
- YC1ZNC Satellite
- YE0EEE Satellite
- 9M4CCC 40m Semenyeh Selangor
- 9M4SJC 40m Pahang
- 9M4SJH 40m op. 9W2SFF Masjid Tanah Melaka

Working Condition
- 100W TS440 with 15m height HF folded dipole antenna.
















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.