My Slide Pages

15 Okt 2018

Shop For Ham Radio @ Muar

Di Muar sememangnya tiada kedai yang menjual barang-barang alat pemancar radio amatur mahupun kedai antena radio amatur. Tetapi ada beberapa kedai yang boleh menyediakan peralatan alat kerja-kerja elektronik, komponen-komponen serta aluminimum dan hardware - hardware yang lain yang boleh dikerjakan untuk menjadi sebuah antena. Berikut adalah kedai-kedai yang sering saya kunjungi bagi mendapatkan barang-barang asas disamping dengan kemajuan teknologi kini semuanya tersedia di online.

 Kedai Caltona yang berdekatan dengan roundabout atau bulatan bakri. Kedai ini oldskool merupakan kedai elektronik terawal di Muar dan banyak komponen serta alat-alat pengujian dijual disini.


 Terletak berdekatan penghujung Jalan Meriam, kita boleh jumpa kedai TS Electronics ni. Kedai ini agak besar dan menjual banyak peralatan elektrik, audio, connector, cable, component electronic dan lain-lain lagi.


 Berhadapan dengan Streetview Hotel Muar kita akan berjumpa kedai Welling di Jalan Ali. Kedai ini agak tersorok tetapi macam-macam khazanah ada. Tips 'kena maklum barang apa yang nak mahu dicari'.


 Kedai Beng Hock di Jalan Junid. Kedai ini asalnya dahulu membuat komersial antena bagi TV. Kedai ini juga ada menjual aluminium yang boleh digunakan bagi membuat antenna.


 Kedai ni saya panggil kedai hardware Jalan Arab, kedai ni bersebelahan dengan Petron.


 Kedai ini saya panggil kedai hardware Jalan Hj Jaib, jika saya memerlukan nut, bolt, washer stainless steel saya akan ke sini.


Ini pula kedai Hardware Jalan Abdullah atau kedai Pak Hock 9W2GT. Nak cari aluminium dan barang-barang hardware sudi-sudi ke sini. Ianya berhadapan dengan Muarar 99 Hotel.

Kedai winding cable ini agak rare, nama kedai pun saya tak pasti ianya berdekatan dengan laluan masuk Jalan Sungai Abong dari pusat bandar Muar.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.